Kementerian Pengangkutan WhatsApp Channel

Kementerian Pengangkutan

147.8K subscribers

Verified Channel

About Kementerian Pengangkutan

Channel WhatsApp rasmi Kementerian Pengangkutan ( MOT ) Malaysia

Similar Channels

Swipe to see more

Posts

Kementerian Pengangkutan
Kementerian Pengangkutan
2/26/2025, 8:17:26 AM

Balik Raya with AirAsia! From 28 March 2025 to 5 April 2025, guests can enjoy fixed fares at RM328 one-way between Kuala Lumpur and Kuching, Sibu, Bintulu, or Miri, as well as between Johor Bahru and Kuching and Sibu. Meanwhile, flights between Kuala Lumpur and Kota Kinabalu, Sandakan, or Tawau, as well as between Johor Bahru and Kota Kinabalu, are available at RM388 one-way. More information visit https://tinyurl.com/2dgax7lp

Post image
๐Ÿ‘ ๐Ÿ˜‚ โค๏ธ ๐Ÿ˜ข ๐Ÿ˜ฎ ๐Ÿ™ 27
Image
Kementerian Pengangkutan
Kementerian Pengangkutan
2/19/2025, 8:30:45 AM

Untuk memberikan impak yang lebih besar dengan peningkatan kapasiti rel kargo ke Northport dan Westports, Kabinet telah meluluskan cadangan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) bagi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) untuk mengubah skop pembinaan daripada landasan tunggal dwi tolok kepada landasan berkembar yang melibatkan jajaran dari Stesen Jalan Kastam di Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Utara (Northport) dan Pelabuhan Barat (Westports) sepanjang 25 kilometer. โ€ฆ Untuk maklumat lanjut, layari https://t.ly/Njk1Q #MOTMalaysia #MalaysiaMADANI #berkhidmatuntuknegara #taatsetia #SeiringSepakat #HEMAT

Post image
๐Ÿ‘ ๐Ÿ™ 8
Image
Kementerian Pengangkutan
Kementerian Pengangkutan
2/24/2025, 9:38:14 AM
Post image
๐Ÿ‘ โค๏ธ ๐Ÿ™ 19
Image
Kementerian Pengangkutan
Kementerian Pengangkutan
2/25/2025, 10:54:29 AM

Industri penerbangan Malaysia memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi dan hubungan global. Memperkukuh sektor ini memerlukan kerjasama, inovasi, dan standard perkhidmatan yang tinggi. Kementerian Pengangkutan komited terhadap kelestarian, keselamatan, dan pemodenan bagi meningkatkan daya saing. Maklumat lanjut layari: https://t.ly/0MxRE

Post image
๐Ÿ‘ ๐Ÿ˜ฎ 8
Image
Kementerian Pengangkutan
Kementerian Pengangkutan
2/20/2025, 3:36:04 AM

https://www.facebook.com/share/p/18dHkPyR2H/ โ€œHEBAHAN PEMANGGILAN SEMULA KENDERAAN LIBATKAN ENAM (6) JENIS BUATAN KENDERAANโ€ [KENYATAAN MEDIA] PUTRAJAYA, 20 FEBRUARI 2025 - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia ingin memaklumkan terdapat aktiviti pemanggilan semula yang melibatkan 41,688 kenderaan daripada enam (6) jenis buatan kenderaan. Aktiviti pemanggilan semula ini adalah penting bagi mengelakkan kemalangan berlaku disebabkan oleh kecacatan pada struktur, peralatan atau sistem pada kenderaan tersebut.

๐Ÿ‘ ๐Ÿ˜‚ ๐Ÿ˜ข ๐Ÿ˜ฎ ๐Ÿ™ โค๏ธ 29
Kementerian Pengangkutan
Kementerian Pengangkutan
2/19/2025, 8:30:09 AM

Malaysia Maritime Single Window (MMSW) merupakan inisiatif digital penting yang bertujuan meningkatkan kecekapan perdagangan maritim Malaysia. Sistem ini menyediakan platform digital tunggal yang menyelaras dan mendigitalkan proses pelepasan pelabuhan, sekali gus meningkatkan ketelusan, keberkesanan kos, dan mempercepatkan pergerakan kargo. MMSW juga mematuhi piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO). Untuk maklumat lanjut, layari https://t.ly/3IWxW #MOTMalaysia #MalaysiaMADANI #berkhidmatuntuknegara #taatsetia #SeiringSepakat #HEMAT

Post image
๐Ÿ‘ ๐Ÿ˜ข 8
Image
Kementerian Pengangkutan
Kementerian Pengangkutan
2/19/2025, 8:31:18 AM

MOT ingin memberikan penjelasan terhadap persoalan yang dibangkitkan di media sosial berkenaan kelayakan dan pemilihan syarikat untuk melaksanakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM). ... Pemilihan syarikat adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], termasuk syarat kelayakan, prosedur, peraturan, dan standard yang telah dipaparkan di laman sesawang MOT dan JPJ sejak 23 April 2024. ... Hasil penilaian yang dibuat oleh Jawatankuasa Pelesenan dan Penilaian PPKM mendapati tiga syarikat yang terpilih memenuhi sepenuhnya syarat yang ditetapkan. MOT dan JPJ tidak menetapkan tempoh pendaftaran dengan SSM sebagai syarat kelayakan, sebaliknya keutamaan diberikan kepada kestabilan kewangan syarikat berdasarkan keupayaan menyediakan modal berbayar dan modal pusingan yang mencukupi. ... Untuk maklumat lanjut, layari https://t.ly/puzsn

Post image
๐Ÿ‘ ๐Ÿ˜‚ 9
Image
Kementerian Pengangkutan
Kementerian Pengangkutan
2/25/2025, 10:54:50 AM

Kementerian Pengangkutan melalui Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah melancarkan platform e-pelesenan CAAM, eCLIPSE, untuk Kakitangan Penerbangan yang buat julung kalinya diperkenalkan di Malaysia. Platform ini merupakan yang pertama di Asia Tenggara, direka khas bagi memantapkan lagi proses pelesenan bagi krew penerbangan, kakitangan penyelenggaraan serta pengendali lalu lintas Udara. Maklumat lanjut sila layari: https://t.ly/ZqknO

Post image
๐Ÿ‘ โค๏ธ ๐Ÿ˜ข 9
Image
Kementerian Pengangkutan
Kementerian Pengangkutan
2/19/2025, 8:32:03 AM

Perluasan PPKM dapat memberikan lebih banyak pilihan kepada orang ramai dalam mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan, selaras dengan usaha dan komitmen Kerajaan MADANI untuk meningkatkan mutu serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. โ€ฆ Untuk maklumat lanjut, sila layari https://t.ly/-rOQb

Post image
๐Ÿ‘ โค๏ธ ๐Ÿ˜‚ 14
Image
Kementerian Pengangkutan
Kementerian Pengangkutan
2/19/2025, 8:29:47 AM

Syabas dan tahniah kepada MRT Corp atas pemeteraian kerjasama strategik antara Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan Sunway Integrated Properties Berhad. Untuk maklumat lanjut sila layari https://t.ly/RCl5m #MOTMalaysia #MalaysiaMADANI #berkhidmatuntuknegara #taatsetia #SeiringSepakat #HEMAT @mrtmalaysia @rts.link

Post image
๐Ÿ‘ ๐Ÿ˜ข โค๏ธ ๐Ÿ™ 9
Image
Link copied to clipboard!