PTPTN Official

23.8K subscribers

About PTPTN Official

WhatsApp Channel Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Similar Channels

Swipe to see more

Posts

PTPTN Official
2/18/2025, 1:44:26 AM

PTPTN kini menghadapi cabaran besar dengan tunggakan pinjaman melibatkan 1.25 juta peminjam culas, memberi tekanan kepada dana yang diperlukan untuk menyokong 450,000 peminjam sedia ada dan 150,000 peminjam baharu setiap tahun. โ€‹ โ€‹Ini adalah tanggungjawab bersama untuk memastikan pendidikan tinggi kekal tersedia untuk semua.โ€‹ โ€‹#LestariPendidikanโ€‹ #PTPTNSediaBantuโ€‹ #PTPTNBolehBincang

Post image
๐Ÿ‘ ๐Ÿ˜ข ๐Ÿ˜‚ ๐Ÿ˜ฎ 25
Image
PTPTN Official
2/19/2025, 2:07:08 PM

Sikap bertanggungjawab dalam kalangan peminjam perlu diterapkan untuk memastikan kelestarian dana pendidikan. Dengan penerapan nilai tanggungjawab dan disiplin, peminjam dapat memenuhi komitmen kewangan mereka, sekaligus menyumbang kepada kestabilan ekonomi dan pembangunan negara. Pendidikan mengenai kepentingan pembayaran balik pinjaman serta pengurusan kewangan yang bijak harus diberi penekanan sejak awal, agar setiap individu memahami tanggungjawab mereka dan berupaya melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan baik #LestariPendidikan #PTPTNSediaBantu #PTPTNBolehBincang

Post image
๐Ÿ‘ ๐Ÿ˜‚ 11
Image
PTPTN Official
2/26/2025, 2:34:33 AM

Ikuti langkah debit terus untuk menikmati transaksi lebih mudah: 1. Log masuk myPTPTN 2. Klik โ€œPERKHIDMATANโ€ dan pilih โ€œPermohonan Debit Terusโ€œ 3. Klik โ€œMOHONโ€ pada akaun Pinjaman Ujrah/ Konvensional 4. Semak maklumat dan buat pembayaran Dengan setiap pembayaran, anda membantu mereka yang memerlukan pendidikan, memberi peluang kepada generasi akan datang untuk mencapai impian mereka. #LestariPendidikan #PTPTNSediaBantu #PTPTNBolehBincang

Post image
๐Ÿ‘ ๐Ÿ˜‚ ๐Ÿ˜ข 6
Image
PTPTN Official
2/20/2025, 12:25:21 PM

Dengan pelan pembayaran fleksibel dan sokongan kewangan yang mudah diakses, kami memastikan setiap pelajar berpeluang untuk berjaya. Mari bersama-sama menyokong masa depan yang lebih cerah untuk semua. #LestariPendidikan #PTPTNSediaBantu #PTPTNBolehBincang

Post image
๐Ÿ‘ ๐Ÿ˜‚ ๐Ÿ™ 4
Image
PTPTN Official
2/18/2025, 3:01:37 PM

Peranan PTPTN dalam meningkatkan kesedaran masyarakat adalah dengan membuka peluang pendidikan tinggi kepada semua, tanpa mengira latar belakang. Pendidikan tinggi bukan sekadar langkah individu, tetapi juga pemangkin utama dalam pembangunan masyarakat dan negara. PTPTN komited untuk memastikan setiap individu mempunyai akses kepada pendidikan yang berkualiti, memberikan peluang untuk merealisasikan potensi diri mereka sepenuhnya. PTPTN bukan sahaja membantu individu mencapai impian mereka, tetapi juga memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan yang lebih cerah untuk masyarakat dan negara. #LestariPendidikan #PTPTNSediaBantu #PTPTNBolehBincang

Post image
๐Ÿ‘ โค๏ธ ๐Ÿ˜‚ ๐Ÿ˜ฎ ๐Ÿ™ 10
Image
PTPTN Official
2/21/2025, 12:19:02 PM

Melunaskan hutang adalah satu ibadah dalam agama dan ia juga dikira sebagai amal soleh serta dijanjikan dengan kehidupan yang baik oleh Allah SWT. Ibadah ini juga membantu dan memberi manfaat kepada orang lain. Tunaikan tanggungjawab anda demi kelestarian pendidikan masa depan. #LestariPendidikan #PTPTNSediaBantu #PTPTNBolehBincang

Post image
โค๏ธ ๐Ÿ‘ ๐Ÿ˜‚ ๐Ÿ˜ข ๐Ÿ™ 30
Image
PTPTN Official
3/1/2025, 5:10:54 AM

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ *Selamat Menyambut Hari Tentera Darat Ke-92* โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Pada 1 Mac 2025, marilah kita bersama-sama meraikan ulang tahun ke-92 Tentera Darat Malaysia dengan tema *"Sinergi Tentera Darat dan Rakyat: Pemangkin Aspirasi Angkatan Masa Hadapan"*. Tema ini menekankan betapa pentingnya hubungan erat antara Tentera Darat dan rakyat dalam membentuk angkatan pertahanan yang lebih kukuh dan berdaya saing. Sebagai institusi yang komited terhadap pembangunan pendidikan negara, PTPTN mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota Tentera Darat atas dedikasi dan pengorbanan mereka dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan tanah air tercinta. Selamat Menyambut Hari Tentera Darat Ke-92. Ikhlas daripada kami warga PTPTN. #PeluangKejayaanAnda

Post image
โค๏ธ ๐Ÿ‘ ๐Ÿ™ 6
Image
PTPTN Official
2/27/2025, 1:29:19 PM

Rata-rata graduan baharu sering dibelenggu dengan masalah beban hutang terutamanya hutang pendidikan. Ikut langkah mudah ini bagi menjamin kewangan anda lebih selamat. 1. Susun perbelanjaan anda untuk memastikan pembayaran hutang yang konsisten. 2. Berbelanja dengan berhemah, elakkan perbelanjaan yang tidak perlu. 3. Dapatkan panduan dari pakar untuk strategi pembayaran yang berkesan. #LestariPendidikan #PTPTNSediaBantu #PTPTNBolehBincang

Post image
โค๏ธ ๐Ÿ‘ ๐Ÿ˜‚ ๐Ÿ™ ๐Ÿ˜ฎ 15
Image
PTPTN Official
2/25/2025, 2:10:13 PM

PTPTN telah menyediakan kemudahan myPTPTN untuk membantu peminjam membuat bayaran balik. Inovasi ini disediakan untuk memastikan peminjam dapat melunaskan hutang dengan lebih mudah, cepat dan selamat. #LestariPendidikan #PTPTNSediaBantu #PTPTNBolehBincang

Post image
โค๏ธ ๐Ÿ‘ ๐Ÿ˜‚ ๐Ÿ™ 7
Image
PTPTN Official
2/18/2025, 5:30:21 AM

Masih belum muat turun myPTPTN? Jangan lepaskan peluang! Dengan sertai Kempen myPTPTN Anytime, Anywhere!, anda berpeluang memenangi ganjaran wang tunai. Hanya dengan membuat bayaran balik minimum RM100, anda sudah layak untuk menyertai kempen ini. Lebih menarik, pengguna myPTPTN yang ke-2.5 juta akan menerima hadiah istimewa sebanyak RM2,500! Siapa tahu, anda mungkin salah seorang pemenang bertuah bagi kategori khas ini. Kempen ini berlangsung sehingga 31 Mac 2025 sahaja. Jangan tunggu sehingga saat terakhir! Muat turun aplikasi myPTPTN dan buat bayaran balik anda hari ini: https://taplink.cc/myptptn #myPTPTNAnytimeAnywhere #PeluangKejayaanAnda

Post image
๐Ÿ‘ ๐Ÿ˜‚ ๐Ÿ™ 10
Image
Link copied to clipboard!