
Ceramah Ustaz dan Ustazah
152.6K subscribers
About Ceramah Ustaz dan Ustazah
Ceramah. Tazkirah. Live. Dunia dan akhirat
Similar Channels
Swipe to see more
Posts

"Kenapa Bila Iran Lawan 'Pendatang Haram Yerohulalala', Ada Pula Yang Sibuk Bawa Mazhab?" Setiap kali Iran lancarkan serangan ke atas pendatang haram Yes***l, pasti akan muncul suara yang bukan bincang strategi, tapi sibuk korek isu mazhab. Ya, kita tak bawa dan sokong fahaman mereka tau, jangan la salah faham dan sempitkan pemikiran. Kita menentang kezaliman. Kita menentang mereka yang suka menabur fitnah, lepas tu serang negara orang, kemudiannya "play victim". https://www.facebook.com/share/p/1Y11EFVc8K/ 1. Gambar atas: Musuh sedang berjabat tangan. 2. Gambar bawah: Saudara Kita di Palestin





"Trump Mungkin Sertai Serangan ke Iran? Dunia Sekarang Dah Masuk Zon Bahaya!" Amerika Syarikat kini dalam fasa penentuan. Donald Trump secara terbuka mempertimbang untuk menyertai konflik bersenjata bersama pendatang haram Yesrol dalam serangan terhadap Iran. Ini bukan lagi spekulasi kecil. Ini kenyataan yang datang terus dari Trump sendiri. Walaupun belum ada arahan rasmi, beberapa aset tentera Amerika telah pun mula digerakkan. Kapal induk USS Nimitz dilaporkan menuju ke Teluk, memberi isyarat jelas bahawa Washington bersedia untuk eskalasi. https://www.facebook.com/share/p/193Z1XYund/


"Khamenei Tolak Desakan Trump Supaya Iran Menyerah Tanpa Syarat, Beri Amaran Perang Besar Jika AS Masuk Campur!" Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Khamenei, dah bagi isyarat paling jelas setakat ini. Dia tolak mentah-mentah tuntutan Trump supaya Iran tunduk tanpa syarat. Dalam satu kenyataan rasmi, Khamenei panggil ucapan Trump sebagai retorik mengarut. Dia kata rakyat Iran tak gentar dengan ugutan macam tu. https://www.facebook.com/share/p/1C6Gfi2ZBZ/


Maksiat Boleh Menyempitkan Rezeki Kadang kita rasa pelik. Usaha dah banyak, penat siang malam. Tapi duit tetap tak cukup. Urusan tetap tersekat. Hati tetap resah. Rupa-rupanya ada satu penghalang yang kita tak nampak: maksiat. Nabi ๏ทบ bersabda: "Sesungguhnya seseorang lelaki itu dihalang rezekinya kerana dosa yang dilakukannya." (Hadith hasan, riwayat Ahmad) Ibn Qayyim rahimahullah menulis, โMaksiat itu menutup pintu rezeki dan menjemput bala. Ia ibarat karat dalam hati yang menolak keberkatan.โ Walaupun rezeki itu dijamin oleh Allah, keberkatannya boleh ditarik bila hati penuh dosa dan lalai dari taubat. Rezeki bukan sekadar wang. Tapi juga urusan yang lancar, hubungan yang harmoni, anak yang mendengar kata, hati yang tenang. Dan bila kita buat maksiat secara berterusan, tanpa taubat, rezeki itu makin jauh. Allah tarik sedikit demi sedikit, kadang dengan cara yang kita sendiri tak perasan. Sebab itu kalau kita rasa rezeki sempit, cuba muhasabah diri. Periksa solat kita. Jaga lidah. Hentikan dosa yang berulang. Dan banyakkan istighfar. Kerana dalam istighfar itu ada janji Allah: langit hujan, bumi subur, anak ramai dan harta bertambah. (Surah Nuh: 10โ12) --- Telegram Rasmi โ Ceramah Ustaz & Ustazah ๐ Percuma. Setiap hari ada tazkirah, doa, kisah sirah dan motivasi rohani. https://t.me/ceramahustazdanustazah --- EBOOK RM1 โ Panduan Solat Sunat, Zikir, Doa, Ramadhan, Taubat & Lain-lain โ RM1 untuk 1 Ebook โ Pilih tajuk ikut keperluan https://wa.me/60134588163?text=ebookCeramah



Azab Kubur Bukan Dongeng, Tapi Realiti Yang Telah Diberitahu Nabi SAW Nabi SAW tak pernah tertawa bila lalu di kubur. Tapi Baginda pernah menangis. Sebab Baginda tahu apa yang sedang berlaku di dalamnya. "Sesungguhnya kubur itu awal tempat tinggal akhirat. Jika seseorang selamat daripadanya, maka tempat selepas itu lebih mudah baginya. Jika dia tidak selamat, maka tempat selepasnya lebih berat." (Hadis sahih โ Riwayat Tirmizi) Dalam satu riwayat lain, Nabi SAW pernah minta dibawakan pelepah tamar. Lalu Baginda belah dua dan pacakkan ke dua kubur. Baginda kata: "Mereka sedang diazab, dan aku harap azab itu diringankan selama pelepah ini belum kering." (Hadis sahih โ Riwayat Bukhari & Muslim) Azab kubur itu benar. Untuk mereka yang tak jaga solat. Yang suka menyebar fitnah. Yang ambil harta haram. Yang sombong dengan dunia. Tapi Allah beri kita peluang selagi nyawa masih ada. Kerana kubur juga boleh jadi taman syurga, jika hari ini kita jaga amal. --- ๐ Ebook Tahlil โ Panduan Doa Arwah, Yasin, Amalan Taubat Dan Bekalan Menuju Alam Kubur โ Rumi dan maksud lengkap โ Doa ampunan, pelindung dari azab kubur โ Sesuai untuk diri dan majlis tahlil Klik sini untuk dapatkan: ๐ https://wa.me/60134588163?text=ebooktahlil --- ๐ฒ Nak Ceramah Harian Tentang Kematian, Taubat Dan Persediaan Akhirat? Join Telegram kami di sini: https://t.me/ceramahustazdanustazah

Apakah hukum menyokong dan tidak menyokong Iran? - Ustaz Azhar Idrus Kita menyokong mereka yang menentang kezaliman bukan menyokong fahaman yang disebarkan oleh negara itu. Kita kena pisahkan isu aqidah dengan isu kezaliman. Kami tak pernah angkat Syiah sebagai contoh, apatah lagi menjulang ajaran mereka. Tapi hari ini, yang mengebom hospital, yang bakar masjid, yang bunuh ribuan umat Islam di Gaza ialah Yes***l dan sekutunya. Itu musuh utama kita sekarang. Kalau hari ini Rusia lawan Yesl, kita sokong Rusia. Kalau esok Arab Saudi hantar jet lawan Yesl, kita sokong Arab Saudi. Kalau Malaysia bangkit, kita sokong Malaysia. Isunya bukan siapa, tapi apa yang sedang diperjuangkan. Kalau kita sibuk cari mazhab siapa yang melawan, tapi kita biar pendatang haram terus bunuh anak-anak di Palestin, siapa sebenarnya yang kita sedang bantu secara tak sedar? ___ Bagi anda yang ingin memahami lebih mendalam tentang sejarah dan perjuangan PLSTIN, buku "PLSTIN: Dari Sungai ke Segara" karya Ayman Rashdan Wong adalah bacaan yang wajib. Buku ini mengupas sejarah PLSTIN dari era Bani Isra'il hingga zaman kegemilangan Islam, sambil membongkar konflik, mitos, dan propaganda, memberikan pemahaman yang lebih adil dan menyeluruh. Semoga bacaan ini dapat menyemarakkan semangat solidariti kita untuk PLSTIN yang bebas. Dapatkan sekarang di: https://s.shopee.com.my/4VMuIBEZ3n

"Rasulullah SAW Dipukul di Taif dan Malaikat Penjaga Gunung Datang" Selepas pemergian Abu Talib dan Khadijah, Rasulullah SAW kehilangan dua pelindung utama dalam dakwah. Keadaan di Mekah makin menekan. Baginda pun menuju ke Taif, berharap Bani Thaqif akan memberi ruang untuk Islam bernafas di sana. Namun, harapan itu musnah sebaik tiba. Tiga pemimpin utama Taif mengejek baginda. Seorang kata, jika Allah memilihmu sebagai Nabi, aku lebih layak. Seorang lagi kata, aku tak mahu cakap dengan Nabi palsu. Yang ketiga kata, baik aku koyakkan kelambu Kaabah daripada percaya kau. https://www.facebook.com/share/1JHp397xUE/
