
Asal Gombak
1.2K subscribers
About Asal Gombak
Sebuah laman yang akan kongsikan hal-hal berkenaan Gombak dan sekitarnya. #asalgombak https://linktr.ee/AsalGombak
Similar Channels
Swipe to see more
Posts

Budak-budak sekolah yang bawak motor ni pun, dengan helmet takde lepas tuh langgar lampu merah. Mujurlah tak kena orang tua melintas tuh. 📍 Jalan 11, Selayang Baru 🎥 Si Oyen #TrafikAsalGombak

Jom GRAB FREE ROTI CANAI 100 keping hari ini, Jumaat 6 Jun 2025 dari jam 7 pagi - 10.30 pagi! Penebar Melayu, doh uli sendiri & MENU BARU ..Colourful ROTI DYSLEXIA ie Roti Dyslexia Strawbery, Dyslexia Pandan & Dyslexia Pisang. Waktu Operasi Roti Canai jam 7 pagi - 10.30 pagi & 4 petang - 11 malam. Pelbagai jenis roti canai ada. Food Panda & delivery via Lalamove Sebarang pertanyaan boleh hubungi: http://www.wasap.my/60189613433 http://www.wasap.my/60122875562 Call: 0189613433/0122875562 📍Lokasi : Dyslexia Cafe MY No12-G, Jalan PPS 1, Pusat Perdagangan Selaseh, Taman Selaseh, Batu Caves. (Satu baris dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak) https://maps.app.goo.gl/b6vtxpKAH7GFsa2k6 🕐 Buka setiap hari. Rabu CUTI Jam 7 pagi - 11 malam (10.30 malam last order) #SeleraAsalGombak

KEMALANGAN LORI SIMEN TERSODOK KENDERAAN Kemalangan ini berlaku melibatkan lori, kereta dan motorsikal pada beberapa hari lepas di Wangsa Maju. Memang seram ya persimpangan ni sebab dia menurun bukit sebelum jumpa lampu isyarat. Kena lebih berhati-hati bila lalu sini. Mangsa dilaporkan selamat sebab sempat lompat, lori juga berhenti di sisi jalan selepas kejadian berlaku. 🎥 Desmond Mak #TrafikAsalGombak

AMARAN RIBUT PETIR (4/6/2025) Syukur, dah lama rasanya Gombak tak turun hujan lebat sebegini. Bagi yang berada di atas jalanraya atau di luar sana, sila berhati-hati. Hujan lebat ini dijangka berterusan sehingga pukul 4 petang.


PAIP PECAH DI BULATAN BANDAR BARU SELAYANG (7/6/2025) Pedih juga lah kalau di pagi raya ni takde air. Berlakunya kes paip pecah di bulatan Bandar Baru Selayang dan bekalan air di kawasan sekitarnya juga terjejas dijangka sehingga pukul 9 pagi ni. 🎥 Sumber Inbox Asal Gombak

MENCURI PASU POKOK DI TAMAN MELAWATI Pasu pokok orang pun nak curi ke? 😅😅😅 Kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Serdang Taman Melawati dan pemiliknya memohon agar insan tersebut memulangkan pasu itu ke tempat asal. Harap maklum. 🎥 Komuniti Penduduk Taman Melawati 53100 #JenayahAsalGombak

MALAM HEALING GALAU 3.0 - KEMBALI PADA JALAN ALLAH BERSAMA SYAMSUL DEBAT Tarikh : 13 Jun 2025 (Jumaat) Waktu : Bermula 8 Malam Lokasi : Kantin @ Gombak Depot, Batu 5 Jalan Gombak #EventAsalGombak


Mana lagi nak jumpa pasaraya yang buka 24 jam dekat sekitar Gombak ni? Ni haaa, SC Neighbourhood Market yang terletak di Taman Sri Gombak! Memang ngam lah dekat je dengan kawasan perumahan. Barang-barang keperluan asas pun lengkap je, tak kisah lah yang kering ke atau yang basah. Tak perlu lagi nak pergi 2-3 kedai. Kedai pun masih baru dan cantik lagi geng, jom serbuuuu! 📍 SC NEIGHBOURHOOD MARKET SRI GOMBAK 13, Jalan SG 1/9, Taman Sri Gombak 🕗 Beroperasi 24 jam #ReviewAsalGombak #PasarAsalGombak

KADAR TERBARU PARKIR TERMINAL BERSEPADU GOMBAK Bermula 1 Jun 2025, kadar parkir di Terminal Bersepadu Gombak telah dikemaskini dan akan mula dikuatkuasakan demi keselesaan semua pengunjung. Terbaiklah kadar baru ini, nak hantar orang naik bas atau jalan-jalan shopping pun tak risau sangat. Nak parkir lama pun orait, lagi-lagi pengguna LRT Gombak. #InfoAsalGombak
