Channel MEDIA MADANI WhatsApp Channel

Channel MEDIA MADANI

16 subscribers

About Channel MEDIA MADANI

Siaran Ini Khusus Untuk Memberi Maklumat Berkaitan Gerak Kerja Kerajaan Perpaduan Serta Menangkis Tohmahan Pembangkang. Informasi Isu Isu Politik Tanahair Dan Berita Luar Negara

Similar Channels

Swipe to see more

Posts

Channel MEDIA MADANI
Channel MEDIA MADANI
5/23/2025, 8:47:47 AM

Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2024/2025 pagi ini tertumpu kepada proses pemilihan kepimpinan baharu parti bagi sesi 2025-2028. Proses bagi memilih kepimpinan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat dan Majlis Pimpinan Wanita Pusat itu bermula 8 pagi dan berakhir 5 petang, membabitkan keseluruhan 32,030 pengundi secara fizikal dan dalam talian. Ia akan dijalankan menerusi dua kaedah, iaitu secara pengundian fizikal oleh perwakilan Kongres Pusat, Kongres AMK Pusat dan Wanita Pusat, masing-masing di Berjaya Waterfront Hotel dan Pusat Konvensyen Danga Bay di Johor Bahru. Sementara itu, perwakilan biasa dan perwakilan tambahan bagi Kongres Pusat, AMK Pusat dan Wanita Pusat akan mengundi secara dalam talian pada masa sama menerusi aplikasi ADIL.

Channel MEDIA MADANI
Channel MEDIA MADANI
2/7/2025, 4:39:42 AM
Video
Channel MEDIA MADANI
Channel MEDIA MADANI
2/8/2025, 7:40:12 AM
Video
Channel MEDIA MADANI
Channel MEDIA MADANI
2/16/2025, 5:19:26 AM
Video
Channel MEDIA MADANI
Channel MEDIA MADANI
2/16/2025, 5:19:48 AM

Peringatan Untuk Kaki Perokok.

Channel MEDIA MADANI
Channel MEDIA MADANI
2/16/2025, 5:25:03 AM

WhatsApp Memperkenalkan Ciri “Tema Sembang” Membolehkan Anda Mengubah Tema Dan Paparan Sesuatu Perbualan WhatsApp hari ini hadir dengan sebuah ciri baharu untuk semua pengguna seluruh dunia, dinamakan “Chat Themes” atau “Tema Sembang”. Melaluinya, seperti pada nama, pengguna boleh mengubah bagaimana perbualan dipaparkan kepada mereka, sekaligus memilih warna, gambar latar dan juga gaya sesuatu perbualan dipaparkan. Pengguna boleh memilih untuk menggunakan tema sama untuk semua perbualan, atau turut memilih tema berbeza untuk perbualan-perbualan berbeza. Sebagai contoh, untuk WhatsApp Group bersama rakan-rakan anda boleh memilih tema yang ceria, dan mungkin untuk tujuan kerja memilih tema lebih serius. Untuk menetapkan tema sembang pada WhatsApp, anda boleh ke Settings > Chat > Default Chat Theme. Atau sekiranya ingin melakukan tetapan untuk sesuatu perbualan secara khusus, anda boleh ke tetapan perbualan berkenaan (dengan tap pada nama di skrin perbualan (pada iOS) atau pada menu 3-dot pada Android).

Link copied to clipboard!