Syria Kini WhatsApp Channel

Syria Kini

30 subscribers

About Syria Kini

Saluran ini memaparkan berita-berita terkini dari bumi Syam

Similar Channels

Swipe to see more

Posts

Syria Kini
Syria Kini
2/4/2025, 3:23:13 AM

31 Januari 2025 Pihak berkuasa Syria telah mengumumkan penahanan Atif Najib, seorang bekas pegawai kanan keselamatan dan sepupu kepada bekas Presiden Bashar al-Assad, yang bertanggungjawab mencetuskan kebangkitan rakyat Syria pada 2011, berikutan tindakan keras terhadap protes di bandar selatan Daraa. Dia ditahan di kawasan pinggiran Latakia, barat Syria, di mana Syrian Observatory for Human Rights melaporkan bahawa dia bersembunyi di sebuah ladang. Atif Najib merupakan pegawai tertinggi dalam kerajaan Assad yang ditahan sejak Assad digulingkan pada Disember lalu. Dia adalah bekas ketua keselamatan politik di Daraa, selatan Syria, di bawah rejim Assad. Kebangkitan rakyat Syria secara keseluruhan bermula daripada penahanan dan penyeksaan kanak-kanak di Daraa. Protes di Daraa selepas penangkapan kanak-kanak itu berkembang menjadi kebangkitan rakyat 2011 yang dibalas oleh kerajaan Assad dengan tindakan keras yang kejam. t.me/syriakini

Image
Syria Kini
Syria Kini
2/4/2025, 3:22:32 AM

Sejak September 2024, lebih 500,000 pelarian telah kembali ke Syria, termasuk 200,000 selepas kejatuhan rejim Bashar al-Assad. Selain itu, hampir 600,000 orang yang kehilangan tempat tinggal di dalam Syria telah kembali ke rumah mereka. Walau bagaimanapun, 7.4 juta rakyat Syria masih menjadi pelarian di dalam negara dan terdapat lebih daripada 6 juta pelarian Syria di seluruh dunia. “Kita mesti merebut peluang kritikal ini untuk membantu Syria bangkit daripada krisis dan pertumpahan darah selama bertahun-tahun,” kata Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian, Filippo Grandi, merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk tindakan berani dan tegas untuk membantu rakyat Syria membina semula negara mereka. “Ramai keluarga mengambil langkah berani untuk pulang ke tanah air, mendambakan masa depan yang lebih baik, tetapi mereka menghadapi kesukaran yang besar dengan rumah yang musnah atau rosak, infrastruktur hancur dan kemiskinan yang meluas", tambahnya. Sumber: UNHCR, 27 Januari 2025. t.me/syriakini

Image
Syria Kini
Syria Kini
2/4/2025, 3:26:24 AM
Image
Syria Kini
Syria Kini
2/4/2025, 3:26:24 AM
Image
Syria Kini
Syria Kini
2/4/2025, 3:21:46 AM

(Sambungan...) Selepas kejatuhan rejim, beberapa kanak-kanak yang terselamat daripada derita yang tidak tertanggung ini mula membongkar rahsia hitam itu. Mereka berbicara tentang mimpi ngeri yang dialami, sambil memulakan perjalanan menyayat hati untuk mencari keluarga sebenar mereka, atau apa sahaja yang masih tersisa. Sebahagian daripada mereka, yang kini sudah dewasa, terus berjuang menuntut semula identiti yang dirampas, sambil menyatukan serpihan masa lalu yang hancur. Hati luluh memikirkan jika ada bayi yang dihantar ke rumah anak yatim tanpa adik beradik lain yang lebih besar, ditambah dengan identiti dilenyapkan tanpa belas kasihan. Sumber: Al Jazeera dan Translating Syria. 𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢. 𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶. t.me/syriakini

Syria Kini
Syria Kini
2/4/2025, 3:26:24 AM
Image
Syria Kini
Syria Kini
2/4/2025, 3:26:25 AM
Image
Syria Kini
Syria Kini
2/4/2025, 3:26:25 AM
Image
Syria Kini
Syria Kini
2/4/2025, 3:21:48 AM

Jenayah kejam rejim Bashar al-Assad terbongkar lagi, kali ini melibatkan nasib bayi dan kanak-kanak yang ditahan bersama keluarga mereka. Keluarga yang ditangkap secara keseluruhan, termasuk anak-anak kecil yang tidak berdosa, menghadapi dua kemungkinan. Jika kanak-kanak itu tidak dibunuh bersama ibu bapa mereka di dalam sel tahanan gelap, mereka akan dihantar ke rumah anak yatim, dengan jejak identiti mereka dilenyapkan. Identiti mereka dipalsukan, memaksa mereka menjalani kehidupan dalam penghinaan dan kekejaman yang sukar dibayangkan. Tiada saudara mara mengetahui kewujudan mereka, dan tiada siapa mendengar tangisan mereka, tidak kira apa yang menimpa mereka. (Bersambung...) t.me/syriakini

Video
Syria Kini
Syria Kini
2/4/2025, 3:18:22 AM

Beribu-ribu rakyat Palestin yang terpaksa melarikan diri ke selatan Gaza kini kembali ke utara Gaza melalui Jalan al-Rashid. Sumber: Mohammed Fayq, 27 Januari 2025 𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢. 𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶. t.me/syriakini

Video
Link copied to clipboard!