Kementerian Komunikasi

Kementerian Komunikasi

490.8K subscribers

Verified Channel
Kementerian Komunikasi
Kementerian Komunikasi
February 15, 2025 at 12:58 PM
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Saya baru saja menerima khabar dukacita pemergian seorang bekas pengamal media yang juga penerima pertama bantuan Tabung Kasih@HAWANA, Muhammad Basir Abu Bakar. Saya pernah menziarahi Allahyarham serta keluarga di kediaman mereka pada 14 April 2023 sempena program sulung Kasih@HAWANA. Allahyarham yang merupakan bekas wartawan Utusan Malaysia meninggalkan tiga orang anak. Isteri Allahyarham, Noor Azlina Jaafar adalah bekas jurufoto Kumpulan Utusan. Beliau telah meninggal dunia pada Oktober 2023. Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Saya memanjatkan doa kepada Allah SWT agar kurniakan ketabahan serta kekuatan terhadap anak-anak mereka yang kini berusia 15, 13 dan 10 tahun. Al-Fatihah. FB: https://www.facebook.com/share/p/1BeZfJ8nb1/?mibextid=wwXIfr IG: https://www.instagram.com/p/DGGB_oISCX_/?igsh=MWF6dDhuNjZmMjM2OQ== X: https://x.com/fahmi_fadzil/status/1890745826223300991?s=46
😢 ❤️ 👍 🙏 😂 😮 85

Comments