
Jabatan Agama Islam Selangor Official
January 26, 2025 at 04:03 AM
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
SHAH ALAM, 24 Januari 2025 โ Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS telah menganjurkan Majlis Amanat S.S. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Bersama Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) Negeri Selangor Tahun 2025. Majlis yang telah dihadiri oleh pegawai-pegawai penguatkuasa agama seluruh negeri Selangor ini telah berlangsung di Dewan Sakinah Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam.
Dalam amanat yang disampaikan, Dato Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad meminta supaya semua pegawai penguatkuasa agama agar meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, mengutamakan integriti dalam bekerja dan terus meningkatkan kerja secara berpasukan dalam menguatkuasakan undang-undang Syariah di negeri Selangor. Selain itu, beliau mengingatkan supaya pegawai penguatkuasa agama memahami naratif yang positif dan betul dalam melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan.
Majlis turut dihadiri pegawai-pegawai kanan JAIS iaitu Puan Siti Razmah binti Idris, Timbalan Pengarah (Operasi) JAIS , Puan Sabariah binti Salleh, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS, Tuan Jafri bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIS, Puan Nor Azimah binti Azmi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JAIS dan Tuan Mohamad Azli bin Abdul Rahman, mewakili Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIS.
Turut diadakan juga taklimat berkenaan Peraturan-Peraturan Tauliah Negeri Selangor Tahun 2024 kepada semua pegawai penguatkuasa agama bertujuan memberi kefahaman dalam menguatkuasakan peraturan berkenaan di negeri Selangor.
#jabatanagamaislamselangor
#islamicsaviourobedience
#kitaselangor
#bahagianpengurusanpenguatkuasaanjais
https://www.facebook.com/share/p/1BFAtEjdex/
๐
โค๏ธ
๐
๐
๐ฎ
57