
eCentral.my
January 21, 2025 at 01:32 PM
PETALING JAYA, JAN 21 - Kerajaan memutuskan untuk menghentikan pemberian tol percuma sempena musim perayaan sebagaimana yang dilaksanakan sebelum ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perkara itu sudah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet, tahun lalu.
Bagaimanapun katanya, kerajaan akan menggantikan pemberhentian tol percuma itu dengan pendekatan yang lebih bersasar.
Tanpa menyatakan pendekatan bersasar berkenaan, beliau berkata: “Tiada lagi tol percuma musim perayaan”.
“(Keputusan ini kerana) ...kerajaan hendak selaraskan dengan subsidi yang lebih bersasar. Perincian akan dimaklumkan kemudian,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pembukaan Seksyen 2, WCE dari Persimpangan Bertingkat SKVE ke Persimpangan Bertingkat SAE, hari ini.
👍
😂
😮
😢
❤️
🙏
42