
MYNEWSHUB
February 9, 2025 at 01:14 PM
Ibu, anak dalam kandungan berusia 8 bulan maut akibat kemalangan
Kluang: Pemergian menyayat hati apabila semalam anak dalam kandungan berusia 35 minggu meninggal dunia, hari ini ibunya, Siti Aisyah Haron, 32, pula menyusul.
Ia terjadi selepas Siti Aisyah yang sarat mengandung lapan bulan memandu kereta Perodua Myvi sebelum terbabas dan melanggar tembok sebuah rumah dalam kejadian di Kampung Melayu, di sini, pada jam 2.15 petang, semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, ketika kejadian mangsa bersama rakannya dalam perjalanan menuju ke arah bandar Kluang.
"Semalam lebih kurang jam 8 malam, anak dalam kandungan yang berumur 35 minggu dikeluarkan selepas disahkan meninggal dalam kandungan.
"Hari ini lebih kurang 1.59 petang, ibunya pula iaitu Siti Aisyah disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK).
"Mangsa disahkan maut akibat pendarahan dalaman termasuk kecederaan pada pankreas dan hati," katanya laporan polis kemalangan itu dibuat oleh adik Siti Aisyah iaitu Ammar, 30 tahun pada jam4.11 petang tadi," katanya.
Beliau berkata, rakan mangsa, Siti Aishah Rahimi, 28, yang juga ejen hartanah cedera ringan dan menerima rawatan di HEBHK.
Bahrin berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati Perodua Myvi berkenaan sudah dialihkan dari tempat kejadian semasa pegawai penyiasat menjalankan siasatan kerana tiada sebarang maklumat awal mengenai kes berkenaan.
"Menurut maklumat daripada pengadu, Perodua Myvi berkenaan dari Kampung Melayu menghala ke arah bandar Kluang semasa kejadian.
"Sampai di tempat kejadian, pemandunya telah hilang kawalan lalu melanggar tembok pagar rumah yang berada di tepi jalan.
"Pemandu dan penumpang dibawa ke HEBHK menaiki ambulans selepas kejadian," katanya kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Disiarkan pada: Februari 9, 2025 @ 8:41pm
Mohamad Fahd Rahmat
[email protected]
Artikel ➡️ Harian Metro
👍
😂
😢
🤔
4