INFO RASMI MPP UITM JOHOR
January 27, 2025 at 12:55 PM
ISNIN | 27 JANUARI 2025
Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.
*[YPJ _PLANTATIONS_ SDN BHD: PENGAMBILAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI]*
Merujuk perkara di atas, kami daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat sesi 2024/2025 ingin memaklumkan berkenaan pengambilan pelajar latihan industri yang ditawarkan oleh YPJ _Plantations_ Sdn Bhd. Peluang ini terbuka kepada mahasiswa yang menuntut pelajaran di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda menjalani latihan industri di sekitar Johor Bahru.
Antara jurusan yang dicari termasuklah:
- Perakaunan dan Perbankan
- Teknolongi Maklumat
- Pentadbiran Pejabat
- _Sustainability_ atau ESG
- Ternakan Ruminan.
Mahasiswa yang berminat hendaklah menyediakan dokumen yang diperlukan dan menghantar ke alamat e-mel yang telah dilampirkan.
Sehubungan itu, semua pelajar diharapkan cakna dan merebut peluang ini demi untuk memperluas pengalaman dan ilmu di persekitaran profesional.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📞 MPP Syira: wa.me/60197869464
📞 SMPP Nana: wa.me/60135549046
Sekian, terima kasih.
*"KEPIMPINAN DINAMIK,*
*PEMACU ASPIRASI"*
Yang menjalankan amanah,
Eksekutif Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Sesi 2024/2025
#uitmdihatiku
#luaskankepimpinanjohor