INFO RASMI MPP UITM JOHOR
INFO RASMI MPP UITM JOHOR
January 31, 2025 at 07:01 AM
JUMAAT | 31 JANUARI 2025 Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku. *[PENGURUSAN PERMOHONAN AKTIVITI PELAJAR DAN PENGURUSAN PERSATUAN PELAJAR UNIVERSITI SECARA DALAM TALIAN MELALUI PLATFORM SISTEM MYHEP]* Merujuk perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat Sesi 2024/2025 ingin memaklumkan bekenaan Sistem MyHEP yang diperkenalkan sebagai salah satu inisiatif pendigitalan dalam pengurusan universiti merujuk kepada Pekeliling Timbalan Naib Canselor Jabatan Hal Ehwal Pelajar Bil. 3 Tahun 2025. Sistem ini terdiri daripada dua modul utama: 1. Sistem Permohonan Aktiviti Pelajar. Modul ini bertujuan untuk memastikan pengurusan permohonan aktiviti pelajar dilaksanakan dengan lebih sistematik dan efisien di semua fakulti dan kolej kediaman kampus cawangan UiTM. 2. Sistem Pengurusan Persatuan Pelajar. Modul ini memudahkan proses penubuhan, pembaharuan, dan pembubaran persatuan pelajar untuk memastikan semua persatuan yang wujud sah dan berdaftar secara rasmi. Sistem MyHEP ini akan mula berkuat kuasa pada 1 Februari 2025, melibatkan seluruh fakulti dan kolej kediaman kampus cawangan UiTM. Untuk akses kepada sistem,boleh layari pautan berikut: 🔗 https://myhep.uitm.edu.my Semoga pelaksanaan sistem ini dapat memperkukuh lagi pengurusan aktiviti dan persatuan dalam kalangan pelajar UiTM. Sekian, terima kasih. *“KEPIMPINAN DINAMIK,* *PEMACU ASPIRASI”* Yang Menjalankan Amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2024/2025 #uitmdihatiku #luaskankepimpinanjohor

Comments