INFO RASMI MPP UITM JOHOR
INFO RASMI MPP UITM JOHOR
February 3, 2025 at 07:38 AM
ISNIN | 3 FEBRUARI 2025 Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku. *[MAKLUMAN PROSES DAFTAR KELUAR _(CLEARANCE)_ KOLEJ KEDIAMAN SEMPENA CUTI SEMESTER SESI OKTOBER 2024-FEBRUARI 2025]* Merujuk perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat Sesi 2024/2025 ingin memaklumkan mengenai proses daftar keluar _(clearance)_ kolej kediaman sempena cuti semester sesi Oktober 2024-Februari 2025 merujuk kepada Pekeliling Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Bil. 1 Tahun 2025. Berikut adalah maklumat penting: 📌 Para pelajar yang tinggal di kolej kediaman dikehendaki melaksanakan proses daftar keluar _(Clearance)_ dalam tempoh 24 jam selepas kertas peperiksaan terakhir sebelum jam 4.00 petang. 📌 Pelajar yang bercadang untuk tinggal di kolej kediaman semasa cuti semester perlu mendapatkan kelulusan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar melalui Unit Residensi dan Hospitaliti (URHP) seminggu sebelum cuti semester bermula dan bayaran akan dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan. 📌 Pelajar yang ingin tinggal atas sebab keperluan akademik seperti Projek Tahun Akhir dan lain-lain yang melibatkan urusan akademik perlu mendapatkan pengesahan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar. Sehubungan dengan itu, diharapkan agar semua mahasiswa UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat cakna dan mematuhi ketetapan ini bagi memastikan kelancaran proses daftar keluar _(Clearance)_ kolej kediaman sempena cuti semester sesi Oktober 2024-Februari 2025. Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 📞MPP Akmal : http://wa.me/601139951054 📞SMPP Farhana : http://wa.me/60123048622 Sekian, Terima Kasih. *"KEPIMPINAN DINAMIK,* *PEMACU ASPIRASI"* Yang menjalankan amanah, Eksekutif Kebajikan Penempatan Kolej dan Non Residen, Majlis Perwakilan Pelajar, UiTM Cawangan Johor, Sesi 2024/2025. #uitmdihatiku #luaskankepimpinanjohor

Comments