
INFO RASMI MPP UITM JOHOR
February 12, 2025 at 03:09 AM
RABU | 12 FEBRUARI 2025
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.
*[SEMAKAN KEPUTUSAN DAN RAYUAN SEMAK SEMULA UJIAN MUET SESI 3/2024]*
Merujuk perkara di atas, kami daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat Sesi 2024/2025 ingin memaklumkan tentang semakan keputusan dan rayuan semak semula ujian MUET sesi 3/2024 yang boleh dilakukan pada ketetapan berikut:
1. Semakan keputusan ujian MUET:
🗓️ Tarikh: 13 Februari 2025
🕒 Masa: 10.00 pagi
🔗 Pautan: https://mecea.mpm.edu.my/MUETR
2. Rayuan semak semula ujian MUET:
🗓️ Tarikh buka: 13 Februari 2025 (10.00 pagi)
🗓️ Tarikh tutup: 19 Februari 2025 (10.30 pagi)
🔗 Pautan: https://mecea.mpm.edu.my/muet_ss/
Sehubungan dengan itu, diharapkan agar semua pelajar yang telah menduduki ujian MUET sesi 3/2024 cakna dengan tarikh dan masa semakan tersebut bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📞 MPP Syira: wa.me/60197869464
📞 SMPP Nuqman: wa.me/60189157308
Sekian, terima kasih.
*"KEPIMPINAN DINAMIK,*
*PEMACU ASPIRASI"*
Yang menjalankan amanah,
Eksekutif Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Sesi 2024/2025
#uitmdihatiku
#luaskankepimpinanjohor