MYNEWSHUB
MYNEWSHUB
February 13, 2025 at 04:22 PM
Wanita maut motosikal terbabas, suami direman bantu siasatan Alor Gajah: Seorang lelaki direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes kemalangan membabitkan isterinya yang maut selepas motosikal ditunggang wanita itu terbabas di Kolej Vokasional Datuk Sri Mat Zin, di sini, tengah malam kelmarin. Perintah reman terhadap lelaki berusia 22 tahun itu yang dikeluarkan oleh Majistret Dr Teoh Syu Yee di Mahkamah Majistret Alor Gajah dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Dalam kejadian jam 12.50 tengah malam kelmarin, motosikal ditunggang Nur Erdiyanah Samsul Maarif, 27, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke arah kanan jalan dan melanggar tembok batu. Pekerja kilang itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Menurut polis, terdapat maklumat mengatakan sebelum kemalangan itu, mangsa dipercayai bertengkar dengan suaminya yang bekerja sebagai penghantar barang dan ketika dalam perjalanan pulang, suami mangsa dipercayai mengikutnya dari belakang namun wanita itu kemudian memecut motosikal sebelum terbabas. Disiarkan pada: Februari 13, 2025 @ 3:23pm Artikel ➡️ BERNAMA
😢 3

Comments