Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
February 10, 2025 at 01:25 AM
๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—๐—œ๐—ช๐—” ๐— ๐—จ๐—ฅ๐—ก๐—œ ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง . ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ฅ ๐— ๐—”๐—ฆ, ๐Ÿฌ๐Ÿต ๐—™๐—ฒ๐—ฏ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ โ€“ Maritim Negeri Kelantan telah berjaya melaksanakan Program Jiwa Murni di Kampung Tepi Sungai Tendong Hilir, Pasir Mas, hari ini. Fokus program kali ini adalah membantu membaiki rumah penduduk tempatan yang terjejas teruk akibat banjir pada musim Monsun Timur Laut yang melanda negeri Kelantan baru-baru ini. Lebih kurang 60 orang pegawai dan anggota Maritim Negeri Kelantan terlibat sama berganding bahu dalam menjayakan program ini. Program yang pertama kali dibuat pada tahun ini merupakan sebahagian daripada Program Sahabat Maritim (PSM) yang menjadi aktiviti penting dalam merapatkan hubungan yang sedia ada diantara Maritim Negeri Kelantan dengan masyarakat setempat bagi mengenalpasti keperluan mereka sebagai pelanggan maritim. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk merangsang masyarakat tempatan berganding bahu dengan APMM dalam menyalurkan maklumat berkaitan jenayah maritim. Maritim Negeri Kelantan juga berbesar hati menyumbangkan sebahagian peralatan dan keperluan harian. Sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Kelantan, Komander (M) Amiludin bin Yenggah bagi mewakili Pengarah Maritim Negeri Kelantan. #maritimmalaysia . Baca laporan lengkap melalui pautan : https://www.facebook.com/share/p/1HvuX2zNqf/
โค๏ธ 1

Comments