
MPP X PELAJAR UiTM KAG
January 26, 2025 at 06:22 AM
*[PEMAKLUMAN MENGENAI PEKELILING REKTOR BIL. 1/2025]*
AHAD | 26 JANUARI 2025
Assalamualaikum w.b.t,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku,
Salam Melaka Intelektual. 🎓
Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa mulai 15 Januari 2025, larangan membawa telefon bimbit, jam pintar, dan peranti elektronik ke dewan/bilik peperiksaan telah dikuatkuasakan.
📌 Senarai barangan elektronik yang dilarang untuk dibawa masuk ke dalam dewan/ bilik peperiksaan adalah seperti berikut:
- Telefon pintar
- Jam pintar
- Peralatan elektronik
- Cermin mata pintar
- Pen berkamera
- Alat dengar pintar
📌 Semua peralatan yang dinyatakan perlu diletakkan di luar dewan/bilik peperiksaan dan adalah di bawah tanggungjawab pelajar sepenuhnya.
📌 Kalkulator saintifik tanpa sarung, bekas alat tulis lutsinar, kad Prihatin Siswa (KPS), Slip Peperiksaan _i-student_ Portal dan Slip Peperiksaan Komprehensif (SMP) sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan.
📌 Pelajar yang didapati melanggar larangan tersebut dengan niat untuk meniru akan dikenakan tindakan tegas serta merta.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
http://wasap.my/60182537532/MPPLia
*[MPP LIA]*
Sekian, terima kasih.
_*“MAHASISWA MAPAN, PELOPOR REVOLUSI INTELEKTUAL”*_
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Kampus Alor Gajah
Sesi 2024/2025
👍
😂
😮
3