MPP X PELAJAR UiTM KAG
January 27, 2025 at 12:57 PM
*[GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK DI SEBAHAGIAN KAWASAN UiTM KAMPUS ALOR GAJAH]*
ISNIN | 27 JANUARI 2025
Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku,
Salam Melaka Intelektual. 🎓
Dimaklumkan bahawa akan berlaku gangguan bekalan elektrik di sebahagian kawasan UiTM Kampus Alor Gajah atas sebab *permulaan tugas operasi transformer pencawang NO.4* seperti berikut:
📍 *Tarikh: 27 Januari 2025 (Isnin)*
📍 *Masa: 8:00 malam hingga 11:00 malam*
📍 *Kawasan Terlibat dengan Gangguan Elektrik:*
- KPP1 (Keseluruhan Blok, Makmal Komputer)
- Dewan Taming Sari
- Bilik Server
- KPP3 (Keseluruhan Blok, Makmal Komputer)
- Perpustakaan
- Unit Kesihatan
- Unit Sukan
- Unit Kolej Zon A
- Koperasi
- Masjid Al-Hikmah
- PALAPES
- Studio Photo
- Dewan Syahbandar
- Anjung Siswa
- Pusat Pelajar
- Padang Kawad
Gangguan ini adalah bagi memastikan sistem bekalan elektrik yang berterusan dan berkualiti dapat disalurkan kepada semua pengguna di kampus.
Kami menghargai kerjasama anda dan berharap anda memahami kesulitan sementara ini.
Diharapkan agar mahasiswa sentiasa peka terhadap maklumat semasa bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
_*“MAHASISWA MAPAN, PELOPOR REVOLUSI INTELEKTUAL”*_
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Kampus Alor Gajah
Sesi 2024/2025
👍
🙏
2