MPP X PELAJAR UiTM KAG
February 2, 2025 at 09:49 AM
*[SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER]*
AHAD | 02 FEBRUARI 2025
Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku,
Salam Melaka Intelektual. 🎓
Merujuk perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka sesi 2024/2025 ingin mengucapkan *Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir* buat seluruh mahasiswa/i UiTM Cawangan Melaka.
Mahasiswa diingatkan untuk sentiasa *mematuhi Sahsiah Rupa Diri* dan *membawa Kad Prihatin Siswa* serta *dokumen-dokumen penting* semasa menduduki peperiksaan mahupun berada di dalam dewan peperiksaan.
Pelajar juga diingatkan bahawa, *telefon pintar tidak dibenarkan* untuk dibawa masuk ke dalam dewan, merujuk pekeliling baharu.
Semoga anda sentiasa diberikan kelapangan hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi peperiksaan yang akan berlangsung.
Sekian, terima kasih.
*_“MAHASISWA MAPAN, PELOPOR REVOLUSI INTELEKTUAL”_*
Tulus ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Melaka
Sesi 2024/2025
❤️
👍
4