
MPP X PELAJAR UiTM KAG
February 11, 2025 at 10:12 AM
*[PENGAMBILAN _PARCEL_ DI KOPERASI]*
SELASA | 11 FEBRUARI 2025
Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku,
Salam Melaka Intelektual. 🎓
Dimaklumkan bahawa perkhidmatan pengambilan _parcel_ di koperasi akan beroperasi sehingga tarikh yang ditetapkan berikut:
📌 *18 Februari 2025* – Tarikh akhir penerimaan penghantaran _parcel_ ke koperasi.
📌 *20 Februari 2025* – Tarikh akhir pengambilan _parcel_ di kaunter.
Selepas tarikh tersebut, perkhidmatan ini tidak akan beroperasi sehingga *6 April 2025* .
Sehubungan itu, para pelajar digalakkan untuk menyemak dan mengemas kini alamat penghantaran ke alamat rumah masing-masing bagi mengelakkan sebarang caj berlebihan apabila semester baharu bermula.
Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna terhadap maklumat semasa bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
_*“MAHASISWA MAPAN, PELOPOR REVOLUSI INTELEKTUAL”*_
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Kampus Alor Gajah
Sesi 2024/2025
❤️
😂
😮
3