
MPP X PELAJAR UiTM KAG
February 14, 2025 at 06:39 AM
*[TINDAKAN SEGERA – TUGASAN U-FUTURE MODUL ASPIRASI 1 & 2]*
JUMAAT | 14 FEBRUARI 2025
Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku,
Salam Melaka Intelektual. 🎓
*⚠️ Perhatian kepada semua pelajar semester 1 Diploma dan Degree / peserta Modul UTAMA bagi ketiga-tiga kampus UiTM Cawangan Melaka (UiTMCM).*
Berdasarkan semakan terkini dengan Institut Kepimpinan Pelajar (IKP) Shah Alam, didapati bahawa:
👉🏻 Bilangan peserta UTAMA UiTMCM yang telah mendaftar MyKM tetapi belum menyelesaikan tugasan U-FUTURE bagi kedua-dua modul sangat tinggi!
Oleh itu, semua pelajar semester 1 Diploma dan Degree diminta untuk *menyelesaikan Modul Aspirasi 1 & 2 dengan kadar segera!*
📌 Tarikh akhir penyelesaian: *18 Februari 2025*
📌 Sistem U-FUTURE akan *ditutup* selepas tarikh tersebut.
📌 Pastikan anda *tidak* terlepas mana-mana langkah _(step)_ atau video supaya tugasan anda mendapat status *" _Completed_ 100%".*
📌 Sila semak semula *status* tugasan dan pastikan ia telah diselesaikan sepenuhnya.
📌 Jika tugasan belum lengkap, sila ulang semula sehingga mencapai status *" _Completed_ 100%".*
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
*Puan Aida Nur Mohd Kodri*
Ketua Unit Kepimpinan Pelajar (KUKP)
UiTM Cawangan Melaka
019 - 3711615
[email protected]
Diharapkan semua mahasiswa peka terhadap maklumat semasa bagi mengelakkan sebarang kesulitan di masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
_*“MAHASISWA MAPAN, PELOPOR REVOLUSI INTELEKTUAL”*_
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Kampus Alor Gajah
Sesi 2024/2025
👍
3