
LIVE BOLA FREE CHANNEL⚽⚽⚽
February 28, 2025 at 10:30 AM
Bila kita akan mula berpuasa ?
Hari ini, 28 Februari 2025 merupakan hari ke 29 Syaaban 1446 hijrah dan akan dilaksanakan cerapan hilal Ramadan pada petang nanti.
Bagi menentukan masuknya awal bulan baru di dalam kalendar hijrah, Malaysia menggunakan kaedah Rukyah (cerapan) dan Hisab (kiraan) berpandukan syarat kriteria Imkanur Rukyah Neo MABIMS seperti berikut :-
Ketika Matahari terbenam, altitud Bulan tidak kurang dari 3° dan jarak lengkung ( elongasi ) antara Bulan-Matahari tidak kurang dari 6.4° (6° 24').
* Jika anak Bulan kelihatan pada 29 haribulan hijrah ; kita akan memasuki bulan baru hijrah.
* Jika anak Bulan tidak kelihatan tetapi keadaan Bulan telah memenuhi syarat kriteria Imkanur Rukyah yang ditetapkan ;
Kita akan memasuki bulan baru.
* Jika anak Bulan tidak kelihatan dan keadaan Bulan tidak memenuhi syarat Imkanur Rukyah, sesuatu bulan hijrah itu akan digenapkan menjadi 30 hari.
Jika seseorang mendakwa melihat anak Bulan, ia perlu melaporkan kepada pihak berautoriti bagi menetusahkan sama ada apa yang didakwa itu betul - betul anak Bulan atau sebaliknya melalui bukti bergambar, kesaksian dan sebagainya. Keputusan rasmi akan diumumkan penyimpan mohor besar Raja - Raja melalui sidang media bagi bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah.
..
Analisis berpandukan data kiraan astronomi ;
- Bulan telah memasuki fasa Bulan baru atau ijtimak pada jam 08:45 AM, 28 Februari 2025.
- Ketika cerapan dilaksanakan pada petang nanti, keadaan Bulan secara umumnya di seluruh Malaysia tidak memenuhi kriteria Imkanur Rukyah yang ditetapkan.
- Sebagai contoh di titik rujukan paling barat Malaysia iaitu di Pulau Perak ;
Altitud Bulan :- 04° 15'
Jarak lengkung Bulan-Matahari :- 05° 17'
- Walaupun altitud Bulan telah melebihi syarat 3° tetapi jarak lengkung Bulan-Matahari masih lagi dibawah syarat 6.4° (6° 24').
- Merujuk peta kenampakan anak Bulan daripada pelbagai kriteria seperti Odeh, Yallop dan juga Neo MABIMS itu sendiri, anak Bulan tidak akan kelihatan di rantau negara kita.
- Kesimpulan berpandukan data kiraan, Syaaban 1446 hijrah akan digenapkan menjadi 30 hari. awal Ramadan akan bermula ketika masuk waktu Maghrib pada 1 Mac 2025 dan kita akan berpuasa keesokan harinya ( 2 Mac 2025 ).
Walaubagaimanapun, kita tunggu hasil cerapan pada petang hari ini. Keputusan rasmi akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja - raja pada malam nanti.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadan .
Selamat menunaikan ibadah puasa.
❤️
👍
😂
😢
😮
118