
Jabatan Agama Islam Selangor Official
February 24, 2025 at 07:37 AM
๐๐ฃ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฌ๐๐๐ก ๐๐๐๐จ๐๐ฅ๐๐๐
JAUHI SIFAT MAZMUMAH SIRI 3: KELUH KESAH
๐Semua orang ada keinginan dan angan-angan yang diimpikan dalam hidup. Malah bercita-cita yang indah dapat menjadi motivasi selain membangkitkan hormon gembira dalam diri.
๐Namun realiti hidup di dunia ini bukan semua indah dan bukan semua terjadi seperti yang kita mahu. Maka ketika ada kurang dan tidak seperti dirancang, usahlah berkeluh kesah dengan apa yang tidak kita gemari. Sebaliknya syukuri dan hargai setiap yang telah kita terima dan setiap yang telah orang beri.
๐กTerkadang kita mungkin tak perasan, tapi orang sekeliling melihat orang yang kerap mengeluh sebagai tidak matang serta tidak mampu mencipta kebaikan daripada situasi yagn terjadi melainkan hanya mampu berfikiran negatif sahaja.
โ๏ธJadilah orang yang optimis dan positif, cuba membawa kebahagiaan kepada semua orang termasuk diri sendiri. Jika ada yang kurang, cuba lengkapi semampunya dan bukan hanya berkata-kata yang menyakitkan dan tidak membawa kebaikan.
Untuk info kekeluargaan ikuti JAIS di segenap platform https://sites.google.com/jais.gov.my/media-jaisel/home
#jabatanagamaislamselangor
#islamicsaviourobedience
#kitaselangormajubersama
#bahagianundangundangkeluargajais
https://www.facebook.com/share/18oVyxamuq/

โค๏ธ
๐
๐
๐
๐ข
๐ฎ
48