
Jabatan Agama Islam Selangor Official
February 24, 2025 at 12:14 PM
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
SHAH ALAM, 14 Februari 2025 โ Unit Integriti Dan Tatatertib, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Negeri Selangor telah menganjurkan Program Ikrar Bebas Rasuah Bersama Kontraktor dan Pembekal Lantikan JAIS di Auditorium Dewan Syarahan Dan Muzakarah Islam Shah Alam.
Seramai 40 orang kontraktor dan pembekal lantikan JAIS telah melafaz ikrar dengan diketuai oleh wakil kontraktor, Encik Syazwan Aiman bin Shafie dari Syarikat MAZA Services. Lafaz Ikrar Bebas Rasuah ini telah disaksikan oleh Pegawai SPRM Negeri Selangor, Pengarah JAIS, Timbalan Pengarah dan Penolong Pengarah Unit Integriti dan Tatatertib JAIS yang turut mengiringi sesi lafaz ikrar ini.
Antara pengisian program ini turut diadakan sesi dialog bertajuk โTatakelola Dalam Perolehanโ di mana sesi dialog disampaikan oleh Tuan Rosmadi bin Kasim, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Selangor dan bersama moderator Ustazah Maryam binti Md Zin, Penolong Pengarah Unit Dasar dan Strategi JAIS.
Program yang dilaksanakan ini memberi penekanan kepada pemantapan integriti serta usaha dalam membendung isu rasuah dalam kalangan kontraktor dan pembekal. Ikrar Bebas Rasuah ini adalah sebagai satu janji, satu akad dan satu komitmen dalam usaha menolak rasuah di JAIS.
https://www.facebook.com/share/p/15tK2T2vPA/
#jabatanagamaislamselangor
#islamicsaviourobedience
#kitaselangormajubersama
#unitintegrititatatertibjais

๐
โค๏ธ
๐ฎ
๐
๐
๐ข
42