
Jabatan Agama Islam Selangor Official
February 25, 2025 at 03:33 AM
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
SHAH ALAM, 19 Februari 2025 โ Unit Integriti Dan Tatatertib, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menganjurkan Program Asas Penyeliaan Berkesan di mana program ini telah dihadiri seramai 300 orang penyelia di JAIS yang terdiri daripada Pembantu Tadbir Kanan, Pengurus Masjid, Ketua Seksyen, Ketua Unit, Pegawai Tadbir Agama dan Ketua Penolong Pengarah.
Program ini dilaksanakan bagi memberi kesedaran mengenai peranan dan tanggungjawab penyelia dalam mengaplikasikan kemahiran kepimpinan dalam organisasi. Dengan pendedahan ini, penyelia dapat menyelia pegawai seliaan masing-masing dengan lebih berhemah, berkesan dan mewujudkan hubungan yang baik antara kedua-dua pihak.
Pengisian program ini dimulakan dengan amanat Pengarah JAIS, Datoโ Haji Mohd Shahzihan Ahmad yang memberi penekanan kepada faktor perubahan dalam memperkasakan kecemerlangan iaitu faktor persekitaran, komponen dan proses.
Program ini juga dipadatkan dengan slot ceramah daripada Penceramah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Tuan Muhammad Nor Azrizam Idris yang menerapkan elemen-elemen kepimpinan dan penyeliaan yang berkesan dan diakhiri dengan slot penyelesaian konflik yang efektif.
Dengan pelaksanaan program penyeliaan ini, diharap semua penyelia di JAIS memperoleh lebih banyak kemahiran dalam bidang kepimpinan dan penyeliaan. Penyeliaan yang berkesan bermakna setiap pegawai di bawah seliaannya berupaya memahami arahan dan tugas yang diberikan, menjalankan tugas dengan cekap dan amanah serta menghasilkan kerja yang berkualiti.
https://www.facebook.com/share/1Xz2i7vurG/
#jabatanagamaislamselangor
#islamicsaviourobedience
#kitaselangor
#unitintegrititatatertibjais

๐
โค๏ธ
๐ฎ
๐
28