KPDN

KPDN

101.4K subscribers

Verified Channel
KPDN
KPDN
February 28, 2025 at 10:14 AM
MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) BILANGAN 1 TAHUN 2025 PUTRAJAYA, 28 FEBRUARI 2025 – Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bilangan 1 bagi Tahun 2025 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Melati, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Putrajaya. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Mohd. Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha KPDN, dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Hj. Amran Bin Hj. Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna dan Pengurusan) KPDN, Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan Strategik dan Antarabangsa Puan Rafidah binti Datu Derin, Pengarah Bahagian Gerakan Kepenggunaan Encik Mohd Zaid bin Idris, Ketua Akauntan Puan Eba Juiata binti Taib, Penasihat Undang-undang Encik Allauddin bin Mohd Tahir. Mesyuarat ini juga melibatkan Pengenalan Ahli-ahli Pihak Pekerja MBJ KPDN Sesi 2025/2026 serta Penyerahan Sijil Pelantikan kepada Ahli-ahli Pekerja MBJ KPDN Sesi 2025/2026. #kpdn #kpdnkita FB https://www.facebook.com/share/p/18hcSjpFQJ/?mibextid=wwXIfr IG https://www.instagram.com/p/DGm9SRCpj-i/?igsh=OTE3M290bThzbTd6 X https://x.com/KPDN_HQ/status/1895403884379795532
👍 ❤️ 😮 8

Comments