INFO RASMI MPP UITM JOHOR
INFO RASMI MPP UITM JOHOR
February 22, 2025 at 05:19 AM
SABTU | 22 FEBRUARI 2025 Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku. *[INISIATIF BAS PERCUMA MAHASISWA PULANG KE KAMPUS SEMPENA AIDILFITRI OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR DAN PERMAS NASIONAL]* Merujuk kepada perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat Sesi 2024/2025 ingin memaklumkan bahawa Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMAS) Nasional dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan inisiatif bas percuma bagi membawa mahasiswa Selangor pulang ke kampus sempena cuti perayaan Aidilfitri. Inisiatif ini bertujuan untuk memberi kemudahan serta mengurangkan beban kewangan yang perlu ditanggung oleh mahasiswa Selangor untuk pulang ke kampus. Inisiatif tersebut akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut: 🗓️ Tarikh Perjalanan: 4 dan 5 April 2025 📍 Lokasi Berlepas ✅ Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK Shah Alam, Seksyen 5) ✅ Berhampiran Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ✅ Berhampiran Terminal Bersepadu Gombak (TBG) 📌 Jadual dan lokasi bas akan diumumkan kemudian. 📌Pendaftaran dalam talian akan dibuka pada 20 hingga 23 Februari 2025 🔗 Pautan Pendaftaran: https://forms.gle/mPJ1ZjUavqj6qtWx6 Diharapkan mahasiswa Selangor dapat memanfaatkan kemudahan ini bagi memastikan perjalanan pulang ke kampus lebih selesa dan terancang. Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 📞 Saudara Muhammad: wa.me/6017-5844469 📞 Saudari Syamila: wa.me/6011-2326224 Sekian, terima kasih. *“KEPIMPINAN DINAMIK,* *PEMACU ASPIRASI”* Yang menjalankan amanah, Eksekutif Kebajikan Penempatan Kolej dan Non Residen, Majlis Perwakilan Pelajar, UiTM Cawangan Johor, Sesi 2024/2025 #uitmdihatiku #luaskankepimpinanjohor

Comments