INFO RASMI MPP UITM JOHOR
INFO RASMI MPP UITM JOHOR
February 25, 2025 at 09:40 AM
SELASA | 25 FEBRUARI 2025 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku. *[PROGRAM DUTA KAMPUS HOTLINK UNTUK TAHUN 2025!]* Merujuk perkara di atas, kami daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat Sesi 2024/2025 ingin memaklumkan bahawa Program Duta Kampus Hotlink kini dibuka untuk penyertaan! Program ini berlangsung selama satu tahun dan memberikan peluang kepada mahasiswa universiti untuk mempelajari ilmu pemasaran, kemahiran penciptaan kandungan, membina rangkaian, serta mewakili jenama Hotlink. Kriteria kelayakan: ✅ Pelajar universiti awam yang berdaftar di Malaysia ✅ Berumur antara 18 – hingga 24 tahun ✅ Minat dalam mencipta kandungan ✅ Berminat untuk mengetuai acara fizikal di kampus Manfaat menjadi Duta Kampus Hotlink: 📌 Menerima kredit prabayar Hotlink setiap bulan 📌 Peluang berhubung dengan peneraju industri dan pempengaruh 📌 1 telefon pintar 5G setelah tamat program Berminat untuk menjadi Duta Hotlink? Ikuti langkah-langkah berikut! 1.Ikuti 📲 •Pergi ke Instagram & TikTok, dan ikuti @hotlinkred & @hotlink.official 2.Muat Naik 🎥 •Rakam video menarik untuk memperkenalkan diri anda! •Dalam kapsyen, terangkan mengapa anda ingin menjadi Duta Hotlink. •Tag 3 rakan untuk melihat sisi kreatif anda! 3.Daftar ✍️ •Isi borang permohonan dan sertakan pautan ke video kreatif anda. 4.Temuduga 🎤 •Jika anda disenarai pendek, bersedia untuk menunjukkan bakat anda dalam sesi temuduga bersama pasukan Hotlink! Sehubungan dengan itu, semua mahasiswa UiTM yang berminat digalakkan untuk menyertai program ini bagi menikmati ganjaran menarik serta pengalaman berharga! 🔗 Pendaftaran boleh dibuat di: ➡️ https://www.hotlink.com.my/en/campaigns/hotlink-campus-ambassador/ Sekian, terima kasih. *“KEPIMPINAN DINAMIK,* *PEMACU ASPIRASI”* Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2024/2025 #uitmdihatiku #luaskankepimpinanjohor

Comments