INFO RASMI MPP UITM JOHOR
INFO RASMI MPP UITM JOHOR
February 26, 2025 at 08:50 AM
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. *[PENGUNDIAN PROGRAM _PAYNET DIGITAL CAMPUS_ 3.0 – KATEGORI KAMPUS]* Merujuk perkara di atas, kami daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat Sesi 2024/2025 ingin memaklumkan bahawa kami sekali lagi berjaya tersenarai sebagai *FINALIS Pertandingan _PAYNET_ _DIGITAL_ _CAMPUS_ 3.0.* Pembentangan dan penilaian akhir akan berlangsung. UiTM Cawangan Johor berpeluang menggondol kejayaan dalam pertandingan tersebut pada kali ini, dan untuk itu, sokongan tuan/puan amat diperlukan dengan menyumbangkan UNDIAN untuk kampus kita semasa pertandingan berlangsung. Undian untuk kampus akan dibuka semasa siaran langsung pada tarikh berikut: *Tarikh: 27 FEBRUARI 2025 (KHAMIS)* *Masa & Platform untuk mengundi: akan dimaklumkan pada hari pertandingan* Sama-sama kita sokong dan mainkan peranan dengan mengundi kampus kita pada hari tersebut bagi membolehkan UiTM Cawangan Johor menjadi Kampus Digital Terbaik! Terima kasih untuk sokongan semua. *“KEPIMPINAN DINAMIK,* *PEMACU ASPIRASI”* Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2024/2025 #uitmdihatiku #luaskankepimpinanjohor

Comments