
INFO RASMI MPP UITM JOHOR
February 27, 2025 at 02:48 AM
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
*[PENGUNDIAN PROGRAM _PAYNET DIGITAL CAMPUS_ 3.0 – KATEGORI KAMPUS]*
Merujuk perkara di atas, kami daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat Sesi 2024/2025 ingin memaklumkan bahawa kami sekali lagi berjaya tersenarai sebagai *FINALIS Pertandingan _PAYNET_ _DIGITAL_ _CAMPUS_ 3.0.* Pembentangan dan penilaian akhir akan berlangsung.
UiTM Cawangan Johor berpeluang menggondol kejayaan dalam pertandingan tersebut pada kali ini, dan untuk itu, sokongan tuan/puan amat diperlukan dengan menyumbangkan UNDIAN untuk kampus kita semasa pertandingan berlangsung.
Undian untuk kampus akan dibuka semasa siaran langsung pada tarikh berikut:
*Tarikh: 27 FEBRUARI 2025 (KHAMIS)*
*Link Undian :* https://qrco.de/bfkdXQ
Sama-sama kita sokong dan mainkan peranan dengan mengundi kampus kita pada hari tersebut bagi membolehkan UiTM Cawangan Johor menjadi Kampus Digital Terbaik!
Terima kasih untuk sokongan semua.
*“KEPIMPINAN DINAMIK,*
*PEMACU ASPIRASI”*
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Sesi 2024/2025
#uitmdihatiku
#luaskankepimpinanjohor