INFO RASMI MPP UITM JOHOR
INFO RASMI MPP UITM JOHOR
March 1, 2025 at 12:20 AM
SABTU | 1 MAC 2025 Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku. *[SENARAI SEMAK SEBELUM PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR]* Merujuk perkara di atas, kami daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat sesi 2024/2025 ingin memaklumkan berkenaan senarai semak yang perlu dilakukan sebelum pengumuman keputusan peperiksaan akhir dilakukan seperti ketetapan berikut: 🗓️ Tarikh: 14 Mac 2025 ⏰ Masa: 11.00 Pagi 🖥️ Platform: _MyStudent_ atau _iStudent Portal_ Oleh itu, semua pelajar diwajibkan untuk membuat semakan terhadap perkara-perkara berikut: 1. Melengkapkan bayaran yuran dan bil yang tertunggak di _Fine Portal_ 2. Melengkapkan _Student Feedback Online (SuFO)_ di _UFUTURE_ 3. Memuat naik gambar _passport_ (jika berkenaan) di laman sesawang https://kad.uitm.edu.my 4. Mengemas kini maklumat tambahan pelajar di _MyStudent_ Sehubungan dengan itu, pelajar diminta untuk melengkapkan semua senarai semak demi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa akan datang. Kerjasama anda amatlah dihargai. Semoga berjaya. Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 📞 MPP Syira: wa.me/60197869464 📞 SMPP Nuqman: wa.me/60189157308 Sekian, terima kasih. *"KEPIMPINAN DINAMIK,* *PEMACU ASPIRASI"* Yang menjalankan amanah, Eksekutif Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2024/2025

Comments