USTAZLAH OFFICIAL
USTAZLAH OFFICIAL
February 23, 2025 at 01:03 PM
TAHNIAH & SYABAS! 🎓✨ Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah!! Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada 3 permata ummah dari Maahad Tahfiz As-Solihin yang baru sahaja mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran. Sugguh, kecekalan mereka menghafal Al-Quran 30 juzuk ini merupakan sesuatu yang sangat hebat dan perlu diraikan. Tahniah & Syabas diucapkan kepada: 1. NORAZAD AMMAR BIN NORAZRUL (Syahadah Al-Quran 30 Juzuk) 2. ASYRAF DANIAL FAIZI BIN ROMY NORFIDZY (Khatam Hafalan Al-Quran 30 Juzuk) 3. SHAHRUL HAKIMI BIN KAMARZAMAN (Khatam Hafalan Al-Quran 30 Juzuk) Terharu berbaur gembira melihat kejayaan mereka, seolah-olah menyaksikan kejayaan anak kita sendiri. Setiap usaha dan keringat mereka kini membuahkan hasil yang sungguh indah di sisi Allah. Yakinlah kejayaan ini juga adalah hasil sokongan anda semua. Maahad Tahfiz As-Solihin adalah salah satu maahad tahfiz yang kita taja bersama. Terima kasih atas sokongan dan menjadi tulang belakang demi melihat kejayaan anak-anak Syurga ini. Semoga anak-anak hebat ini terus istiqamah bersama Al-Quran, menjadi generasi ulamak yang memartabatkan Al-Quran dan Sunnah, serta dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat. Klik untuk info lanjut 👇🏻 ▶️ Telegram Channel: https://t.me/ustazlahofficial ▶️ Whatsapp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029VaJo1WsLtOj92wtr9O0G
❤️ 👍 🤲 💚 ♥️ 😭 51

Comments