Nota Kewangan Islam
Nota Kewangan Islam
February 19, 2025 at 06:46 AM
๐— ๐—ถ๐˜๐—ผ๐˜€ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—™๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฉ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ Ramai di antara kita mungkin pernah mendengar pelbagai andaian mengenai pengurusan harta pusaka. Namun, sejauh mana kebenarannya? Jangan biarkan stereotaip dan mitos mengaburi pandangan anda dalam membuat keputusan penting ini. Dalamilah ilmu yang tepat dan dapatkan nasihat serta panduan berdasarkan pengalaman dan kepakaran kami dalam pengurusan harta pusaka Islam. Mitos 1: Aku penama KWSP arwah Abah, jadi semua duit tu aku punya lah! Fakta: Penama dalam KWSP bukan pemilik mutlak wang KWSP si mati. Mereka hanya bertindak sebagai pemegang amanah yang bertanggungjawab untuk membahagikan wang tersebut kepada ahli waris yang layak. Pembahagian wang itu harus diagihkan mengikut hukum perwarisan Islam atau mengikut persetujuan yang dipersetujui oleh semua waris. Mitos 2: Saya sayang anak angkat saya, jadi mestilah dia dapat semua harta saya kalau saya tak ada nanti! Fakta: Anak angkat tidak mempunyai hak secara automatik ke atas harta pusaka ibu bapa angkat mengikut hukum faraid, kerana mereka bukan ahli waris yang sah. Namun, ibu bapa angkat boleh memberikan maksimum satu per tiga (1/3) daripada keseluruhan hartanya. Selebihnya, harta akan dibahagikan kepada ahli waris yang sah mengikut faraid. Mitos 3: Kalau kahwin dengan wanita Negeri Sembilan, semua harta suami jadi hak isteri lepas suami meninggal! Fakta: Adat Perpatih menekankan harta diwarisi oleh perempuan keturunan sebelah ibu, dan ia tak mengatasi hukum faraid. Sekiranya suami meninggal dunia, harta beliau tetap perlu dibahagikan kepada waris-waris yang layak mengikut hukum faraid.

Comments