
Nota Kewangan Islam
February 27, 2025 at 01:41 AM
🔥 5 Formula Berbelanja di Zaman Poket Nipis! 🔥
Kalau duit boleh bercakap, mesti dia dah jerit: "Oi, jangan bazir!" Tapi kita manusia… kadang-kadang terbeli juga benda yang tak perlu. Jadi, macam mana nak berbelanja dengan otak, bukan dengan nafsu? 🤔
💡 1) Bezakan antara "Perlu" & "Mahu"
Sebelum beli, pause 10 saat. Tanya diri: Kalau tak beli sekarang, hidup aku akan jadi lebih susah tak? Kalau tak… letak balik. Simple, kan?
🛠 2) Baiki dulu, bukan beli baru
Smartphone retak sikit, terus beli baru? Kenapa tak tukar skrin je? Sofa pudar? Tukar sarung! Duit bukan daun, weh.
👗 3) Guna kreativiti, bukan kad kredit
Baju lama boleh naik taraf dengan aksesori. Kasut buruk? Tukar tali baru. Barang lama + Idea kreatif = Barang baru!
🚫 4) Jenama tak jamin bahagia
Kalau beli barang sebab nak impress orang lain… itulah resipi sengsara. Jangan biarkan jenama kawal dompet kita.
🍲 5) Makan ikut otak, bukan ikut nafsu
Makan luar sekali-sekala OK. Tapi kalau hari-hari order food delivery sebab malas masak… poket koyak sebelum tengah bulan. Masak sendiri, sihat & jimat!
Ingat: Kaya bukan sebab banyak duit. Kaya sebab pandai urus duit!
#janganboros #bijakberbelanja #duitbukandaun
Ingat, duit bukan daun—jangan main tiup, nanti terbang! 😆💰