Pusat Bahasa Nusa
Pusat Bahasa Nusa
February 12, 2025 at 08:23 AM
Peraduan Saya Boleh Mengarang, Bercerita dan Berpidato kembali tahun ini! Pusat Bahasa Nusa menjemput para pelajar Darjah 1 hingga Menengah 5 untuk menyertai peraduan-peraduan peringkat nasional yang kami anjurkan buat tahun ini! Peraduan-peraduan yang dianjurkan ialah: ✔️Saya Boleh Mengarang 2025 (Peringkat Rendah & Menengah) ✔️Saya Boleh Bercerita 2025(Peringkat Rendah) ✔️Saya Boleh Berpidato 2025 (Peringkat Menengah) Apakah yang menarik tentang peraduan-peraduan ini? 📝 Tiada seorang peserta pun yang akan pulang tangan kosong! Setiap peserta akan menerima sijil anugerah (Gangsa, Perak, Emas atau Emas dengan Kepujian). Anda ingin menyertai peraduan ini? Lungsuri lelaman yang tertera di ‘bio’ di atas untuk langkah-langkah penyertaan. Tarikh pendaftaran dan penghantaran akan ditutup pada 17 April 2025 (Khamis). Harap maklum bahawa walaupun kami menerima pelajar dengan kewarganegaraan tempatan dan asing, pertandingan ini hanya menerima pendaftaran dan penyertaan daripada pelajar yang bersekolah di Singapura. Terima kasih kerana memahami! Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami. Selamat Maju Jaya! 💪🏽 https://malaytuitionsg.com/peraduan-saya-boleh-mengarang/ https://malaytuitionsg.com/peraduan-saya-boleh-bercerita-berpidato/

Comments