MEDINA AL HAQ
MEDINA AL HAQ
February 11, 2025 at 04:24 AM
Baki Menyambut Ramadan 19 Hari Lagi🤍 SEJARAH KEFARDUAN PUASA Difardhukan pada bulan Sya'ban tahun kedua hijrah, Rasulullah SAW telah berpuasa sebanyak 9 kali Ramadan dan kesemuanya adalah bulan yang tidak sempurna, iaitu bulan yang memiliki 29 hari, kecuali pada satu tahun, baginda berpuasa pada bulan yang penuh (30 hari). SEJARAH RAMADAN Ramadan adalah bulan kesembilan daripada bulan-bulan arab, ianya merupakan sebaik-baik bulan. Bulan ini dinamakan Ramadan kerana dikatakan, ketika mana masyarakat arab memberi nama pada bulan-bulan, bulan tersebut berbetulan mengalami cuaca panas yang terik, lalu mereka menamakannya sebagai Ramadan yang berasal daripada perkataan al-Ramda' iaitu: Panas terik. Dikatakan juga kerana ia menghapuskan dosa, iaitu: Memadamkannya. (tidak dimakruhkan menyebut (ramadan) tanpa menyebut (bulan) pada qaul muktamad, pada qaul yang lain: makruh. Terjemahan Kitab al Aham Fi Fiqh Thalab al ilm (ringkasan kitab al taqrirat al sadidat fi al masail al mufidah) di karang al habib hassan bin ahmad bin muhammad al kaff Hafizahullah.
❤️ 🤍 3

Comments