MEDINA AL HAQ
MEDINA AL HAQ
February 22, 2025 at 12:52 PM
*[TAHNIAH JOHAN HAFAZAN AL-QURAN]* 💐 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera, Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada *Muhammad Nurul Salihin Bin Mazni Fairuz* daripada Sarjana Pengajian Islam, Semester 1 atas pencapaian cemerlangnya dalam merangkul *Johan Hafazan Al-Quran Kategori Juzuk 1-30 Lelaki* sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat Negeri Sembilan. Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan kehebatan dan dedikasi beliau dalam menghafal Kalamullah, tetapi turut mengangkat nama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di persada negeri. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh mahasiswa untuk terus berusaha dalam mengejar kecemerlangan dunia dan akhirat. Sekian, terima kasih. "Bersama Merealisasikan Biah Solehah" Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam, Sesi 2024/2025, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin. #pmki2425 #uniszapastitahu #ilmudemifaedahinsan --- Ikuti perkembangan PMKI: FACEBOOK: https://www.facebook.com/pmki.unisza INSTAGRAM: https://www.instagram.com/pmki.unisza/ TELEGRAM: https://t.me/pmkiunisza TIKTOK: https://www.tiktok.com/@pmkiunisza
Image from MEDINA AL HAQ: *[TAHNIAH JOHAN HAFAZAN AL-QURAN]* 💐  Assalamualaikum WBT & Salam Sej...
❤️ 👍 👏 3

Comments