MEDINA AL HAQ
MEDINA AL HAQ
March 1, 2025 at 04:03 AM
Pesanan kepada para Chef🤭 Dalam kitab Durus Al-Masjid Fi Ramadhan karya Dr A'idh Al-Qarni menyebut bahawa antara kerosakan amalan semasa puasa Ramadhan ialah apabila pembaziran berlaku semasa menyediakan makanan berbuka dan bersahur: ومن الأخطاء الإسراف في رمضان في موائد الإفطار والسحور، فيوضع من الطعام ما يكفي الفئام من الناس ويكثر من الأنواع ويفنن في عرض كل غال ورخيص من مطعم ومشرب، ثم لا يؤكل منه إلا القليل ويهدر باقيه مع الفضلات ويرمي مع النفايات، وهذا خلاف هدي الإسلام العظيم "Dan daripada kesalahan (ketika berpuasa): membazir di Ramadhan semasa menyediakan juadah berbuka juga bersahur. Maka dihidang makanan yang mencukupi untuk sejumlah besar orang ramai dengan diperbanyakkan aneka juadah dan pelbagai seni hidangan tidak kira juadah makanan dan minuman yang mahal dan murah kemudian tidak dimakan juadah hidangan tersebut melainkan sedikit sahaja Baki makanan berlebihan dan dibuang begitu sahaja bersama sisa yang lain. Perkara ini sememangnya berlawanan dengan petunjuk Islam yang agung"
❤️ 👍 2

Comments