TuanRumah.Home (Syazwan_11)
TuanRumah.Home (Syazwan_11)
February 21, 2025 at 08:42 AM
Antara benda yang paling saya “Enjoy” dalam Pelaburan Hartanah ni, bila mana dapat tengok kawan-kawan kita sukses dan berjaya. . Dari tahun lepas saya nampak lepas sorang-sorang kawan saya muncul cerita tentang kejayaan. . Tapi saya faham ada banyak halangan & rintangan yang tak best yang dorang dah lama hadap. . Tapi dorang tak kongsi cerita ni. Diorang simpan sorang sorang. . Point no 5 tu tak semua orang boleh buat : . 1. Diorang ni golongan yang tahan nafsu. Dari dulu tahan diri dari berbelanja. Ada duit terus simpan nak buat modal invest. . 2. Golongan gila Ilmu ! Sanggup pergi kelas, hujung minggu pergi kelas & seminar sampai ke malam. . 3. Spesis kuat bekerja ! Ada yang buat 2 hingga 3 kerja part time sebab nak kumpul modal melabur. . 4. Delay gratification term of holiday, kereta idaman & rumah idaman. . 5. Tahan diri kena sindir dengan kawan-kawan dengan gelaran “kedekut” , “haji bakhil” macam-macam lagi lah. Kes berjimat punya pasal. Makan pon catu. Shopping pun setahun sekali. . Saya tengok orang-orang macam ni tahap kesabaran memang tinggi. . Sebab tu saya tak pelik kalau harini dorang semua dah start tuai hasil & berjaya. . Insyallah semoga lebih ramai kawan-kawan saya jadi jutawan selepas ni termasuk lah yang tengah baca posting ni. Happy for them 👏 . Tolong doakan saya juga ya 🙏 . #propertyinvestor #millionaireemployee #pelaburanhartanah #propertyinvestment

Comments