TuanRumah.Home (Syazwan_11)
TuanRumah.Home (Syazwan_11)
February 27, 2025 at 04:14 AM
💡 5 Tips Mudah Jaga Profil Kewangan Anda! 💰 . Tak kira berapa gaji kita, urus kewangan dengan bijak adalah kunci untuk kehidupan yang lebih stabil. . Naah tengok 5 tips kat bawah ni & Jom amalkan ! . 1️⃣ Buat Bajet Bulanan Kenal pasti Income vs Expenses bulanan. Catatkan segala perbelanjaan untuk pastikan korang tak ‘terbabas’. . 2️⃣ Simpan 20% daripada Gaji Simpan minimum 20% daripada pendapatan untuk simpanan atau dana kecemasan. Lebih banyak kita simpan,lebih baik! . 3️⃣ Elak Hutang yang Tidak Perlu Fikir dua kali sebelum buat pinjaman atau guna kad kredit. Hanya gunakan kalau betul betul perlu. . 4️⃣ Pelbagaikan Sumber Pendapatan Elakkan bergantung pada satu sumber pendapatan sahaja. Mulakan pasif income melalui pelaburan yang selamat contoh macam Hartanah. . 5️⃣ Tingkatkan Ilmu Kewangan Sentiasa belajar tentang pengurusan kewangan. Boleh baca buku atau cari mentor yang berkaitan supaya korang lebih celik kewangan. . Nota Lebih Jimat : Boleh praktis kurangkan makan. Lagipun kita pun dah nak masuk bulan puasa. Bulan puasa ni best sebab Jimat dapat, kesihatan pun dapat ! . #millionaireemployee #gengmakangaji #pelaburhartanah

Comments