Luthfi Suib Jom Takaful
Luthfi Suib Jom Takaful
February 10, 2025 at 05:28 AM
*#sembangtakaful dengan orang kita* Bila cakap pasal Insurans je kebanyakkannya terus jumpa into conclusion. Berapa had limit tahunan? hospital swasta mana je yang cover? Berapa pelan yang paling murah? Next qustion, ada pakej keluarga dak? Ejen Takaful mesti senyum bila saya tulis macam ni sebab hampir semua pattern soalan orang kita ni sama 😅 Selalunya, saya jawap je siap soalan yang orang tanya. Saya pilih untuk educate masyarakat espcially orang Melayu tentang Insurans & Takaful ni bukannya terhad semata-mata kepada Medical Card. Bila saya explain yang dalam Takaful juga ada pelan yang non Medical iaitu pelan yang bayar pampasan wang tunai sekiranya diuji dengan musibah. "Eh, ada juga ye pelan yang boleh claim duit cash? Ingatkan insurans ni semuanya Medical je" tanya prospek. Dalam Takaful ni kalau nak cakap produk ada pelbagai jenis produk perlindungan. Cuma kita orang biasa je yang tak tahu kewujudan pelan macam tu sebab Takaful ni tak buat marketing macam syarikat telekomunikasi 😂 Sejujurnya sebelum saya jadi Ejen Takaful 8 tahun lepas pun saya tak tahu beza Medical Card, pelan hayat, investment link product malah ordinary life product. Saya siap lari bila jumpa Ejen Takaful! So back to the topic,bila sembang pasal Takaful lebih baik kita buka minda, terima pandangan serta didikan dari orang yang lebih berpengalaman dalam bidang ini. Jangan jumpa orang Ejen Takaful & order apa yang hampa nak. Cara macam tu hampa dah samakan kerjaya seorang Ejen Takaful professional dengan Waiter kedai makan.

Comments