
Luthfi Suib Jom Takaful
February 15, 2025 at 01:21 AM
*MRTT vs MLTT*
Ramai yang whatsapp saya tanya tentang pemilihan MRTT berbanding MLTT & sebaliknya.
MLTT ni perlukan bajet yang lebih sebab on top of bayar installment rumah setiap bulan, you need to pay insurance pulak. Kiranya komitmen lebih tinggi.
Sejujurnya, ambik MRTT lebih mudah sebab tak payah fikir nak bayar 2 komitmen macam MLTT. Tapi kena pastikan pelan MRTT yang bank offer tu cover loan amount & loan tenure yang munasabah.
Kos MRTT akan dicaj masuk ke dalam loan rumah kita, bermakna final loan amount kita akan jadi lebih tinggi. Dan of course, kos MRTT tu pun dikenakan interest sebab dah masuk dalam loan kan?
Saya nasihatkan untuk mereka yang nak beli rumah pertama & beli rumah untuk didiami, ambik MRTT. Yang buat joint loan, ambil MRTT.
Tapi kalau beli rumah untuk sewa & ada plan untuk jual rumah tu dalam masa 10-20 tahun, ambil MLTT.
Majoriti orang yang ambil pelan MLTT sebab baru sedar & tahu pelan MRTT yang dia sign dengan banker tu under insured and tak ikut tempoh loan rumah.
Ada juga yang ambil MLTT disebabkan dia tak istihar rekod kesihatan yang betul ketika sign loan rumah.
Dan bagi mereka yang ada masalah kesihatan seperti SLE, HIV, Kanser, CKD atau berat badan yang berlebihan (Obesiti), MRTT akan declined sebab syarat untuk apply MRTT mesti sihat & ada BMI yang ideal! So, bila MRTT declined, MLTT lah jadi pilihan untuk mereka yang nak ada jaminan untuk loan rumah.
*Kesimpulannya,*
1. Kalau sihat, kalau ada bajet ambik la MLTT.
2. Ada bajet yang terhad, ambik MRTT. Tak payah pening kepala. Simple
3. Dah lama beli rumah & nak topup coverage loan rumah, ambil MLTT.
4. Kalau buat joint loan suami-isteri, dua dua ambil MRTT, saya cadangkan untuk suami tu topup tambah MLTT.
5. MRTT reject sebab ada penyakit & obesiti, ambil MLTT Dijamin Lulus, Takaful Al-Shams dari Zurich Takaful.
Sekiranya ada persoalan tentang MRTT, MLTT atau insurans loan rumah, feel free to contact me at 011-59238789