InspirasiQasehKu
InspirasiQasehKu
February 28, 2025 at 07:12 AM
*Bulan Rahmat Penuh Keberkatan:* Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan! Alhamdulillah, bulan penuh rahmat dan keberkatan yang dinantikan seluruh umat Islam bakal kembali lagi. Bulan Ramadan bukan sekadar mewajibkan orang Islam untuk menahan lapar dan dahaga selama tempoh tertentu sahaja, malah membuka peluang untuk kita sama-sama kembali dekat dengan Allah SWT. Berikut adalah senarai semak (checklist) yang kami sediakan, bukan sahaja sebagai persediaan awal untuk anda menghadapi kedatangan bulan agung tidak lama lagi, tetapi juga boleh mula diamalkan sepanjang hayat: 1. Latih diri untuk tidur dan bangun awal 2. Amalkan solat di awal waktu 3. Mendekatkan diri dengan Al-Quran 4. Bersederhana dalam berbelanja untuk mengelakkan pembaziran 5. Berazam untuk meninggalkan perkara dan perbuatan sia-sia 6. Perbanyakkan INFAK/SEDEKAH Mencari cara mudah untuk berinfak dengan selamat? Layari portal "crowdfunding" kami, Inspirasi Qaseh Kami dan ayuh kita bersama-sama menyemarakkan kebajikan sepanjang Ramadan kali ini melalui *Kempen Infaq Qaseh Ramadan & Syawal YAPEIM* . https://qaseh.yapeim.my/infaq-qaseh-ramadan/ Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak, ikhlas daripada kami di YAPEIM.
👍 3

Comments