INFO MPP UPM
INFO MPP UPM
January 31, 2025 at 03:39 AM
*[PEMAKLUMAN MPP]* Assalamualaikum dan salam sejahtera. *[PENGANIAYAAN TERHADAP HAIWAN: PERBUATAN TERKUTUK YANG WAJIB DIJAUHI]* MPP UPM mengecam dan *menentang sekeras-kerasnya segala tindakan kejam terhadap haiwan, khususnya kejadian penganiayaan kucing* yang berlaku di Umai Cafe, Kolej Serumpun pada 29 Januari 2025. Tindakan zalim seperti ini tidak mencerminkan nilai kemanusiaan dan tanggungjawab sebagai manusia yang mempunyai nilai ihsan dan kemanusiaan. Kami menyeru semua mahasiswa untuk bersama menolak sebarang bentuk keganasan terhadap haiwan dan melaporkan sebarang insiden yang mencurigakan kepada pihak berwajib. Mari kita wujudkan kampus yang lebih prihatin dan berperikemanusiaan. Pihak kami juga menyeru kepada seluruh mahasiswa UPM dan rakyat Malaysia amnya kita sama-sama terus bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kebajikan haiwan di sekeliling kita. Usah kita jadikan haiwan yang tidak berdosa ini menjadi mangsa kekejaman dan kezaliman sewenang-wenangnya. Maklumat Lanjut perkara ini di Instagram Rasmi MPPUPM : https://www.instagram.com/reel/DFeVQUVSoDK/?igsh=MWx4czM5OHJzNzF6Ng== Sekian terima kasih. “Reformasi Pemangkin Kesejahteraan Holistik” *”MALAYSIA MADANI”* *”BERILMU BERBAKTI”* *”REFORMASI PEMANGKIN KESEJAHTERAAN HOLISTIK*” *_MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR_* *_UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA_* *_SESI 2024/2025_*

Comments