
INFO MPP UPM
January 31, 2025 at 07:33 AM
#050 ( 31 JANUARI 2025 | 03:30 PM )
[ MAKLUMAN MPP UPM SESI 2024/2025 ]
[MEET & GREET WITH ENTREPRENEURS EXCO]
Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam We Love UPM.
Sukacita dimaklumkan bahawa pada 2 Januari 2023, Muhammad Amirul Ammar bin Salim selaku Sekretariat Keusahawanan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) Sesi 2024/2025 telah menganjurkan program manifesto beliau, iaitu “Meet and Greet with Entrepreneurs Exco” daripada The Centre for Entrepreneurial Development and Graduate Marketability (CEM), Putra MBA Club, Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPKMM), KKFTMB, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), dan Majlis Perwakilan Fakulti (MPF) di Dewan Putra PKPP, UPM.
Program ini bertujuan untuk menyediakan platform bagi semua exco keusahawanan berkumpul dan mempromosikan produk masing-masing.
Program ini berjaya mengumpulkan semua Sekretariat Keusahawanan dari setiap kolej dan fakulti di UPM bagi membincangkan hala tuju keusahawanan. Selain itu, ia mengenal pasti produk atau hasil berkaitan dengan keusahawanan dari setiap kolej dan fakulti serta menyediakan platform bagi semua sekretariat mendapatkan input yang lebih mendalam. Penjaja luar turut hadir untuk berkongsi pengalaman dan memberikan inspirasi kepada peserta semasa program.
Hasil daripada program ini, peluang untuk membangunkan kemahiran keusahawanan dan kepimpinan telah diberikan. Program ini juga dapat menyumbang kepada pencapaian universiti dalam menghasilkan graduan yang berdaya saing dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi melalui penglibatan komuniti.
Sekian, terima kasih.
“Reformasi Pemangkin Kesejahteraan Holistik”
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Putra Malaysia
Sesi 2024/2025
—————————
Ikuti berita dan maklumat hebahan MPPUPM di :
Facebook : MPP UPM
Instagram : mppupm_official
Twitter: MPPUPM
Tiktok : MPPUPM
Telegram : INFO@mppupm
Linkedin : MPP UPM
#weloveupm
#berilmuberbakti
#malaysiamadani