INFO MPP UPM
INFO MPP UPM
February 1, 2025 at 07:00 AM
#051 ( 01 FEBRUARI 2025  | 03:00 PM ) [ MAKLUMAN MPP UPM SESI 2022/2023 ] [ BANTUAN KECEMASAN KEPADA MANGSA BANJIR] Assalammualaikum wbt, Salam Sejahtara, Salam We Love UPM. Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menghulurkan bantuan awal kecemasan kepada 15 pelajar luar kampus yang terjejas akibat banjir di sekitar Bintulu. Ketua Pentadbir Pejabat Pengurusan Pelajar UPMKB, Encik Mohamad Syukri Mohamad Adnan, menyampaikan bantuan tersebut sebagai tanda sokongan dan keprihatinan universiti terhadap kebajikan pelajar. Bantuan yang diberikan termasuk bekalan makanan asas dan sumbangan wang tunai. Naib Yang Dipertua MPP UPM, Sarah Hannani Ahmad Fikri, menyatakan bahawa bantuan ini membuktikan bahawa UPMKB sentiasa prihatin dengan bersemangat 'JIWA PUTRA' dan sedia membantu pelajar dalam apa jua keadaan. Sekian, terima kasih. “Reformasi Pemangkin Kesejahteraan Holistik” Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 2024/2025 ————————— Ikuti berita dan maklumat hebahan MPPUPM di : Facebook : MPP UPM Instagram : mppupm_official Twitter: MPPUPM Tiktok : MPPUPM Telegram : INFO@mppupm Linkedin : MPP UPM #weloveupm #berilmuberbakti #malaysiamadani

Comments