
INFO MPP UPM
February 5, 2025 at 02:32 PM
#054 ( 05 FEBRUARI 2025 | 10:30 PM )
[ MAKLUMAN MPP UPM SESI 2024/2025 ]
[PERKEMBANGAN SEMASA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU]
Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam We Love UPM.
Seramai 81 mahasiswa dari Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah menyertai misi sukarelawan untuk membantu komuniti yang terjejas akibat banjir pada 1 dan 2 Februari 2025. Misi ini, yang dijalankan dengan semangat Jiwa Putra dan selaras dengan moto UPM “BERILMU BERBAKTI”, merupakan inisiatif bersama Pejabat Pengurusan Pelajar UPMKB, Majlis Perwakilan Pelajar UPM, dan Putra President Union (PPU).
Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban mangsa, tetapi juga memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengamalkan nilai kemanusiaan dan keprihatinan terhadap masyarakat. Diharapkan usaha sebegini dapat memupuk semangat kesukarelawanan di kalangan mahasiswa, serta membentuk mereka menjadi individu yang cemerlang dalam akademik dan prihatin terhadap kesejahteraan masyarakat.
Sekian, Terima kasih.
“Reformasi Pemangkin Kesejahteraan Holistik”
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Putra Malaysia
Sesi 2024/2025
—————————
Ikuti berita dan maklumat hebahan MPPUPM di :
Facebook : MPP UPM
Instagram : mppupm_official
Twitter: MPPUPM
Tiktok : MPPUPM
Telegram : INFO@mppupm
#weloveupm
#berilmuberbakti
#malaysiamadani