INFO MPP UPM
INFO MPP UPM
February 8, 2025 at 05:17 AM
#055 ( 8 FEBRUARI 2025  | 01:15 PM ) [MAKLUMAN MPP UPM SESI 2024/2025 ] [KUNJUNGAN HORMAT MPP FBMK KE DEKAN FBMK] Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam We Love UPM. Dimaklumkan bahawa pada 5 Februari 2025, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) Sesi 2024/2025 wakil Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi telah melaksanakan kunjungan hormat bersama Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Hazlina Abdul Halim, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan perancangan pelaksanaan manifesto, menaiktaraf infrastruktur, dan kaedah pembelajaran secara dalam talian bagi dua minggu pertama semester 2 sesi 2024/2025 serta hal-hal berbangkit yang lain. Semoga semua perancangan dan persetujuan yang telah dikecapi dapat berjalan dengan lancar seperti mana yang diharapkan. “Reformasi Pemangkin Kesejahteraan Holistik” Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 2024/2025 ————————— Ikuti berita dan maklumat hebahan MPPUPM di : Facebook : MPP UPM Instagram : mppupm_official Twitter: MPPUPM Tiktok : MPPUPM Telegram : INFO@mppupm Linkedin : MPP UPM #weloveupm #berilmuberbakti #malaysiamadani

Comments