INFO MPP UPM
INFO MPP UPM
February 13, 2025 at 01:23 PM
#059 ( 13 FEBRUARI 2025 | 09:20 PM ) [ MAKLUMAN MPP UPM SESI 2024/2025 ] [PERMOHONAN PENANGGUHAN KULIAH SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2025] Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam We Love UPM. Dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM telah mengemukakan permohonan rasmi kepada pihak universiti bagi mempertimbangkan penangguhan kuliah pada 2, 3, dan 4 April 2025 (Rabu, Khamis, dan Jumaat) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025. Permohonan ini telah dikemukakan oleh Timbalan Naib Yang Dipertua Akademik dan Penyelidikan, Majlis Perwakilan Pelajar UPM Sesi 2024/2025. Permohonan ini dibuat dengan mengambil kira kebajikan pelajar, khususnya bagi mereka yang perlu pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan bersama keluarga. Untuk makluman, surat rasmi telah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) pada pagi 12 Februari 2025 dan telah diterima oleh Puan Aziahtulazira Meh, Pembantu Operasi pejabat TNCAA. Kami akan terus memaklumkan perkembangan lanjut berkaitan permohonan ini dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pihak MPP UPM melalui saluran rasmi kami. Sekian, terima kasih. “Reformasi Pemangkin Kesejahteraan Holistik” Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 2024/2025 ————————— Ikuti berita dan maklumat hebahan MPPUPM di : Facebook : MPP UPM Instagram : mppupm_official  Twitter: MPPUPM Tiktok : MPPUPM Telegram : INFO@mppupm #weloveupm #berilmuberbakti #malaysiamadani
❤️ 👍 3

Comments