
INFO MPP UPM
February 28, 2025 at 01:31 PM
#067 ( 28 FEBRUARI 2025 | 09:30 PM )
[ MAKLUMAN MPP UPM SESI 2024/2025 ]
[SIRI IV CHIT CHAT MADANI "EXCELLENCE WITH SOUL, LEADING WITH EMPATHY” BERSAMA BACKBENCHERS CLUB ]
Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam We Love UPM.
Sukacita dimaklumkan bahawa pada 25 Februari 2025, seramai 2 orang wakil Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) Sesi 2024/2025 telah menghadiri Siri IV Chit Chat Madani: “Excellence with Soul, Leading with Empathy” yang dianjurkan bersama Backbenchers Club di Parlimen Malaysia.
Program ini berkaitan perkongsian pengalaman serta pandangan mengenai kepimpinan berteraskan empati dan pendekatan penyelesaian masalah daripada :
📌 YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Ahli Parlimen Sungai Petani
📌 YB Tuan Roy Angau anak Gingkoi, Ahli Parlimen Lubok Antu
📌 YB Puan Syerleena binti Abdul Rashid, Ahli Parlimen Bukit Bendera
Program ini membincangkan pelbagai isu berkaitan pendidikan tinggi serta peranan belia dalam pembangunan negara. Program ini juga, turut disertai oleh YB Puan Fadhlina binti Sidek, beliau berkongsi pandangan tentang kepimpinan yang berteraskan empati dan kepentingan keterlibatan belia dalam pembentukan dasar negara.
Pengalaman berharga ini diharapkan dapat melahirkan pemimpin mahasiswa yang berwibawa, bersedia menyumbang kembali kepada masyarakat, serta menerapkan nilai kepimpinan berteraskan empati dan penyelesaian masalah.
“Reformasi Pemangkin Kesejahteraan Holistik”
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Putra Malaysia
Sesi 2024/2025
—————————
Ikuti berita dan maklumat hebahan MPPUPM di :
Facebook : MPP UPM
Instagram : mppupm_official
Twitter: MPPUPM
Tiktok : MPPUPM
Telegram : INFO@mppupm
Linkedin : MPP UPM
#weloveupm
#berilmuberbakti
#malaysiamadani